Pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, Michael anak Garing telah dijalankan di Penjara Changi pagi ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini.
Michael warga Sarawak, disabitkan atas kesalahan membunuh pada 2015 oleh mahkamah tinggi republik ini dan sabitan itu disahkan oleh mahkamah rayuan pada 2017.
"Jenazahnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu esok sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kapit.
"Kami sedang membantu anggota keluarga Michael yang berada di sini," kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Bernama.
Adalah difahamkan Michael telah memeluk Islam ketika di penjara dan memilih nama Muhammad Arif Sufi sebagai nama Islamnya.
Pada 20 Mac, ibu bapa Michael, Ensiring anak Garman dan Garing anak Kanyan telah mengemukakan petisyen rayuan kepada Presiden Singapura agar nyawa anak mereka diselamatkan dan hukuman itu digantikan dengan penjara seumur hidup.
"Saya masih tidak mahu percaya walaupun diberitahu hukuman sudah dijalankan," kata seorang daripada anggota keluarga Michael, ketika dihubungi.
Menurut beliau, ibu bapa Michael terlalu sedih dengan kematian anak mereka.
Michael, yang ketika itu berusia 21 tahun, seorang daripada anggota geng rompakan di Jalan Kallang pada Mei 2010 yang menyebabkan kematian seorang pekerja binaan, Shanmuganathan Dilludurai.
Tiga yang lain cedera parah.
Seorang lagi tertuduh, Tony Imba, dipenjara seumur hidup dan 24 sebatan manakala Hairee Landak, yang dijatuhi hukuman pada 2013, diarah menjalani hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan.
Donny Meluda, yang melarikan diri selama lebih enam tahun, dijatuhi hukuman sama pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2019
Michael difahamkan telah memeluk Islam ketika di penjara dan memilih nama Muhammad Arif Sufi. - Twitter @KL_Reporter
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Isu keciciran pelajar Orang Asli berjaya diatasi menerusi sekolah K9, K11
Kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai (JHEOA) K9, di Gua Musang telah mencapai 100 peratus, hasil sokongan ibu bapa dan guru.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Aspek keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak perlu diberi penekanan oleh ibu bapa - Fahmi
Aspek keselamatan dalam talian khususnya, kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun perlu diberikan penekanan oleh ibu bapa.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.
Keluarga Zayn Rayyan takut buka media sosial
Keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendedahkan takut untuk membuka sebarang aplikasi media sosial sehingga kini kerana bimbang perasaan terus tergores.
Polis sekali lagi rakam keterangan ibu bapa Zayn Rayyan, individu jumpa mayat
Polis sekali lagi mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.