awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Wanita Malaysia ditahan bawa lebih 2kg dadah di pusat pemeriksaan Woodlands
DUNIA
10 maut, 15 cedera dalam insiden banjir lumpur di Colombia berhampiran Medellin
DUNIA
Pendaki Brazil maut terjatuh ke dalam gaung di Gunung Rinjani, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/11/2023
23:30 MYT
Sponsor Banner
Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa. - Gambar hiasan
IPOH: Polis telah menahan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Perak Tengah dekat Kampung Gajah, Khamis lepas.
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan kes itu dibuat kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 23 November lalu memaklumkan empat beradik bawah umur tersebut ditinggalkan tanpa penjagaan dan pengawasan.
Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati empat beradik termasuk bayi berusia 10 bulan itu ditinggalkan seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.
"Hasil operasi dijalankan, polis berjaya menjejaki dan menahan lelaki berkenaan semalam (Isnin) dan merampas motosikal serta pakaian yang digunakan semasa kejadian.
"Daripada maklumat diperolehi, hari ini (Selasa), satu lagi tangkapan dilakukan ke atas seorang wanita, turut dirampas sebuah telefon bimbit," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, dua individu itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk siasatan lanjut kes tersebut.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 33(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan sewajarnya.
"Polis masih meneruskan siasatan kejadian ini dan orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang boleh menggusarkan orang awam," katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 10.50 pagi itu, empat beradik terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun bersama dua adik lelaki mereka masing-masing 3 tahun dan 10 bulan ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan.
Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#empat beradik
#pondok pengawal
#Hafezul Helmi Hamzah
#ibu bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami