"Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.
Bercakap secara eksklusif kepada Bernama hari ini, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian.
"Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak," katanya.
Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai 'reban' kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka.
Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.
"Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan "sleep, sleep, sleep," mengarahkan kami semua supaya tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain," katanya.
Nurul Amin berkata 'reban' itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.
Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut, katanya.
"Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal," katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.
Nurul Amin berkata mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan kelaparan, menyebabkan ramai juga dalam kalangan mereka yang mati akibat kelaparan.
Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai 'neraka dunia', beliau berkata terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi beliau hidup.
Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.
"Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya. Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal," katanya sedih.
Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.
"Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu," katanya.
Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih teruk daripada 'haiwan'.
Beliau mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.
Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.
"Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka," katanya.
Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada pukul 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.
Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.
"Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.
"Mati adalah lebih baik daripada hidup," kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.
Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam.
Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.
"Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan," katanya.
Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.
Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.
"Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain," kata Mohamad Osman.
Bernama
Thu May 28 2015
"Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," menurut pendatang Rohingya.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Nurulhidayah lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Niaga AWANI: Sarawak optimis capai sasaran 4 juta pelancong tahun ini
Sarawak optimis capai sasaran 4 juta pelancong melawat negeri itu pada penghujung tahun ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Agropelancongan sumber ekonomi usahawan tempatan dengan pertumbuhan jangka panjang
Agropelancongan menjadi sektor yang mampu menawarkan pertumbuhan jangka panjang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), selaras dengan sasaran Kerajaan menarik kehadiran hampir 30 juta pelancong tahun ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Monsun Barat Daya dijangka mula Jumaat ini
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) jangkakan monsun barat daya bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September. Perubahan ini menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.
Niaga AWANI: Penduduk Malaysia cecah 34 juta pada suku pertama 2024
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 iaitu seramai 33.2 juta penduduk.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Faisal Halim makin baik, mengidam nasi kandar
Keadaan penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim semakin baik apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan akibat kecederaan disimbah asid.
Qatar tawar insentif RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Lebih 1,000 anggota Hamas dirawat di Turki - Erdogan
Presiden Turki mendedahkan lebih 1,000 anggota Hamas menerima rawatan di Turki ketika ini.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI
Kesemua migran adalah warga Indonesia, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan.
Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia
Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.
Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.
18 PATI warga Myanmar ditahan
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.