awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia beri lampu hijau teruskan pencarian MH370, Ocean Infinity terajui operasi
Polis Selangor rekod 258,345 penyelesaian saman trafik bernilai lebih RM19 juta
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2022
21:30 MYT
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Hazani (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Program Tangan Bersalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Rabu. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada pihak kerajaan mengenakan hukuman sebat kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melakukan kesalahan berulang dengan masuk ke negara ini menggunakan pangkalan haram tanpa permit sah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
"Kami sama sekali tidak akan berkompromi berkait isu PATI kerana ia boleh memberikan kesan kepada keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tangan Bersalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, pada Rabu.
Pada majlis tersebut Hazani turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga angkat IPD Pasir Mas.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.
Menurutnya, selain PATI, warga tempatan yang menjadi dalang termasuklah tekong darat turut diburu PDRM ketika ini.
Beliau berkata, kawasan rumah penduduk yang mempunyai pangkalan di sepanjang sempadan negara ini turut disenaraikan sebagai pangkalan haram.
"Kalau pemilik terlibat secara langsung, kita akan kategorikan mereka sebagai tekong," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pati
#pendatang asing
#Hazani Ghazali
#hukuman sebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan