awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 PATI warga Myanmar ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/01/2022
03:47 MYT
18 PATI warga Myanmar ditahan
Dua buah kenderaan yang digunakan untuk membawa PATI berkenaan. - Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Seramai 18 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang dibawa menggunakan dua buah kenderaan berjaya ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dalam satu serbuan di hadapan sebuah sekolah agama di Pasir Mas, di sini pada Jumaat.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 1 petang itu, PATI berkenaan dipercayai dibawa menggunakan dua buah kenderaan utiliti serbaguna jenis Starex dan dipandu dua pemandu warga tempatan beralamat di Johor Bahru.
"Pemeriksaan mendapati kenderaan pertama dinaiki sembilan individu termasuk pemandu manakala kenderaan kedua dinaiki 11 individu termasuk pemandu.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua warganegara Myanmar berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia dari negara jiran," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurutnya, turut dirampas sebuah telefon bimbit Iphone, Huawei dan Poco F3 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM165,000 termasuk dua kenderaan tersebut.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pati
#Myanmar
#PGA
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan