Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, menafikan kerajaan negeri akan mengisytiharkan ‘lockdown’ selama tiga hari di Sarawak.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Unggah berkata, tiada perintah berkurung di Sarawak selama tiga hari, dan ia bukan sahut-cabaran (challenge) atau inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Perkara ini berlaku berikutan tersebarnya notis bertajuk ‘3 Days Total Lockdown Challenge, Sarawak, 17, 18 & 19 April’.


Walaupun kandungan notis yang dimuat naik mempunyai niat yang baik, namun ia mampu mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam sekiranya tidak diteliti secara menyeluruh.

Justeru, orang ramai digesa agar terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini masih berkuatkuasa pada fasa ketiga.

2. HSI Johor Bahru nafi kehabisan stok PPE

Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru menafikan dakwaan bahawa hospital tersebut hampir kehabisan bekalan peralatan perlindungan diri (PPE).

Pengarahnya, Dr. Azizah Riduan menjelaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak hospital sentiasa berusaha memastikan bekalan PPE sentiasa ada bagi meneruskan perkhidmatan rawatan kepada pesakit.


“Dimaklumkan, sebarang jenis sumbanagan kepada pihak hospital perlu melalui saluran yang betul.

“Masyarakat diminta untuk tidak berkongsi atau menularkan sebarang maklumat yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kekeliruan dalam kalandan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan rasmi Pada Khamis.