Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diminta melakukan siasatan segera dan mengeluarkan laporan terperinci berhubung kes kematian Pegawai Kadet Graduan (PKG) J Soosaimanicckam, ketika menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei lepas.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam kenyataan medianya hari ini turut memberi jaminan siasatan kes itu akan dijalankan secara bebas dan adil.
"Saya memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang 'cover up'. Saya juga merayu agar pihak keluarga mendiang bersabar dan menunggu sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya.
Mohamad Sabu berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti ada pihak yang terlibat dalam salah laku sehingga menyebabkan kematian Soosaimanicckam.
Semalam, keluarga Soosaimanicckam menuntut TLDM dan Polis DiRaja Malaysia memberi penjelasan terperinci berhubung kematian pegawai kadet berkenaan.
BACA: Pegawai kadet TLDM maut selepas jalani latihan
Peguam keluarga mendiang, N. Surendran berkata timbul kemusykilan berhubung punca kematian Soosaimanicckam memandangkan laporan awal menyatakan beliau meninggal dunia akibat paru-paru berair sedangkan laporan perubatan sebelum menjalani latihan menyatakan mendiang seorang yang sangat sihat.
Portal berita tempatan pada 20 Mei melaporkan Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman sebagai berkata siasatan forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat paru-paru berair dan tiada sebarang unsur jenayah atau serangan fizikal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 13 2018
Mohamad Sabu berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti ada pihak yang terlibat dalam salah laku sehingga menyebabkan kematian PKG J Soosaimanicckam. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
G20 setuju kenakan cukai 15% ke atas keuntungan firma besar
Keputusan ini susulan kebimbangan firma besar mengalihkan keuntungan mereka ke wilayah dengan kadar cukai rendah.
Institusi kewangan Islam, cendekiawan syariah berperanan penting dalam pemulihan COVID-19
Kewangan Islam perlu memastikan aspek seperti perkhidmatan kewangan dapat menambah nilai serta menghasilkan impak positif ke atas ekonomi dan kemaslahatan masyarakat.
Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, penelitian lanjut termasuk melakukan pelbagai proses siasatan akan dijalankan dalam masa terdekat.
Ubah fakta sejarah perbuatan jenayah intelek, keilmuan - Sultan Nazrin
Tindakan mengubah fakta sejarah merupakan perbuatan tidak adil dan satu perlakuan jenayah intelek serta jenayah keilmuan yang menafikan hak generasi akan datang untuk memperoleh fakta sebenar, demikia
Judi Sungai Buloh: Rombakan dalaman diputuskan selepas siasatan selesai - KPN
Beliau berkata pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu berlaku adil dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan salah laku pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh berhubung isu perjudian itu.
Tiada diskriminasi dalam pengendalian COVID-19 - KP Kesihatan
Tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.
Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu
Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Hatta Md Ramli menjelaskan pihaknya yakin Mohd Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM
PN perlu segera cari formula agih kerusi PRU-15 - Rahim Tamby Chik
Perikatan Nasional (PN) perlu mencari formula pembahagian kerusi yang adil dan saksama bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Vidal berang Barcelona tidak bayar bonus penuh
Vidal telah mengemukakan aduan terhadap pasukannya itu kepada pihak LaLiga dan Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol.
Manfaatkan kekuatan Islam untuk runtuhkan fahaman perkauman sempit
Umat Islam perlu sedar bahawa kekuatan sebenar Islam itu adalah keupayaannya memecahkan tembok perkauman yang sempit dan menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama.