Kerja-kerja menyiasat punca sebenar kejadian letupan lombong arang batu di Pantu, dekat sini masih belum dapat dilakukan setakat 6.30 petang Sabtu.
Ketua Balai Bomba Sri Aman, Ranger Moos berkata ini kerana pasukan operasi dan forensik kebakaran Bomba perlu mendapatkan pengesahan keselamatan daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) sebelum boleh memasuki terowong lombong berkenaan.
"Hazmat perlu terlebih dahulu masuk ke dalam terowong berkenaan bagi memastikan tiada sebarang kebocoron gas atau menentukan jenis gas yang bocor di dalam terowong, selain memastikan keadaan selamat untuk dimasuki sebelum pasukan forensik dapat melakukan kerja-kerja siasatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, pada Sabtu.
Ranger berkata selain itu, pihaknya perlu mendapatkan pengesahan daripada jurutera syarikat lombong arang batu berkenaan sama ada struktur terowong terjejas atau tidak disebabkan letupan yang berlaku itu.
"Hazmat dijangka tiba di lokasi petang ini. Jadi, buat sementara waktu pasukan operasi bomba akan memantau lokasi kejadian dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke dalam terowong itu," katanya.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati bomba masih mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu daripada penyelia lombong berkenaan.
Turut berada di lokasi kejadian ialah pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan Sarawak.
Ranger berkata bomba dimaklumkan oleh penyelia berkenaan bahawa terdapat terdapat 119 pekerja termasuk 15 warga China, Myanmar (29), Indonesia (19), Bangladesh (10) dan Korea Utara (46) yang bekerja di lombong berkenaan.
"Penyelia juga mengesahkan ketika kejadian, hanya 27 pekerja yang masuk ke dalam terowong lombong berkenaan," katanya.
Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebocoran gas dan letupan di terowong itu.
"Ketika kejadian, 27 pekerja itu berada pada jarak 450 meter di dalam terowong," katanya.
Terowong berkenaan adalah sepanjang 700 meter.
Bernama
Sat Nov 22 2014
Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebocoran gas dan letupan di terowong itu. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat
Menurut Bloomberg, AI yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Asia Barat.
Wartawan Al Jazeera terbunuh ketika sedang membuat liputan
Jurukamera Arab Al Jazeera Samer Abudaqa terbunuh dan rakan sekerjanya Wael Dahdouh cedera ketika sedang membuat laporan.
Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza
Pengeboman Israel ke atas sekolah berkenaan turut mendapat kecaman meluas dari negara dan pertubuhan Arab dan Islam.
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia II seberat 100 kilogram hari ini.
Panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang, polis tahan seorang lelaki
Warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Tasek kira-kira jam 9.30 malam tadi.
7 maut dalam letupan bom di Pakistan
Polis dan pasukan keselamatan telah menutup kawasan itu dan melancarkan operasi bagi menangkap pelakunya.
Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan
Ayob Khan berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap berhubung bahan letupan itu.