Sidang Kemuncak Riyadh akan datang mesti bersedia menghadapi keganasan secara cepat dan berkesan di mana dan bila ia muncul, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita mesti pastikan bahawa sifat kekejaman yang kita lihat di Syria dan Iraq dihapuskan. Kita mesti memperlihatkan kita bersedia menghadapi keganasan secara pantas dan berkesan di mana dan bila ia menjelma. Kita mesti tidak menyerah kalah," katanya.
Dalam artikel khas versi bahasa Inggeris bagi akhbar Saudi Gazette dan versi Arab untuk Al Riyadh yang akan diterbitkan esok, Najib percaya Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara ini pada Ahad merupakan usaha penting untuk membawa hubungan antara dunia Islam dan AS pada tahap baharu.
Dengan pemahaman yang lebih mendalam, mereka boleh bekerja bersama dengan lebih baik untuk memerangi kejahilan, penyisihan dan sungutan yang boleh memarakkan keganasan ekstrem, kata beliau.
"Kita tahu Presiden Donald Trump adalah komited untuk menghapuskan Daesh. Di bawah kepimpinan saya, begitu juga Malaysia - sebagaimana semua negara Islam di Sidang Kemuncak ini dan di luarnya," tulis Najib dalam artikelnya untuk akhbar-akhbar berkenaan.
Najib akan menyertai lebih daripada 50 pemimpin negara Arab dan Islam bersama Trump pada Ahad.
Beliau berkata terpulang kepada mereka semua di sidang kemuncak ini untuk membentuk perkongsian ini dan membuktikan buat selama-lama bahawa tidak terdapat pertembungan tamadun-tamadun dengan dunia Islam di satu pihak dan dunia Barat di satu pihak lagi.
"Hanya terdapat pertembungan dengan ketamadunan yang kita semua ahli semua agama mesti bersatu padu sebagai satu, tegas, yakin dan sedia untuk bertindak," katanya.
Beliau berkata adalah penting semua negara Islam dan para pemimpin menyatakan bahawa tiada yang Islamik mengenai keganasan.
"Islam tulen ialah agama yang memberi pengajaran, bertamadun dan berilmu, tidak membawa kemusnahan dan kematian.
Perdana Menteri berkata Kuala Lumpur sanggup berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam memerangi keganasan dengan semua negara di Sidang Kemuncak itu.
Ini termasuk pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan), program deradikalisasi, melawan naratif menerusi media sosial oleh Pusat Pintas Mesej Serantau.
Najib yakin perhimpunan Riyadh akan memperbaharui dan memberi tenaga semula persahabatan antara semua yang hadir dan mengeluarkan pelan halatuju baharu bagi kerjasama, keselamatan dan persefahaman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Najib berkata terpulang kepada semua di sidang kemuncak itu untuk membentuk perkongsian dan membuktikan bahawa tidak terdapat pertembungan tamadun-tamadun dengan dunia Islam di satu pihak dan dunia Barat di satu pihak lagi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Sidang Kemuncak Riyadh perlu bersedia tangani keganasan dengan cepat dan berkesan - PM Najib
"Kita mesti pastikan bahawa sifat kekejaman yang kita lihat di Syria dan Iraq dihapuskan."