Kerajaan Pakatan Harapan akan menawarkan perkhidmatan yang boleh memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat untuk meningkatkan lagi taraf hidup mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya ini berbeza sekali dengan pendekatan kerajaan lepas yang lebih cenderung untuk memberikan sogokan kewangan bagi mendapatkan sokongan rakyat.
"Bukan cara kita untuk menghulurkan sogokan kepada rakyat dengan harapan sokongan akan diberikan oleh rakyat," katanya ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Langkawi di Dewan Kompleks Sukan LADA di sini.
Katanya, kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Langkawi dan dua orang lagi calon Pakatan Harapan, iaitu Juhari Bulat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat dan Mohd Firdaus Ahmad sebagai ADUN Kuah, menjadi bukti rakyat di Langkawi tidak mudah dipengaruhi taktik sogokan yang digunakan oleh BN dalam pilihan raya lepas.
"Saya dengar dalam pilihan raya lepas Barisan Nasional membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menawan hati pengundi tetapi percubaan ini gagal dan rakyat tetap memilih Pakatan Harapan," katanya.
Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di majlis itu, berkata kemenangan Pakatan Harapan di Langkawi dalam PRU14 akan menjadi asas kepada usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di pulau ini yang telah sekian lama bergantung kepada industri pelancongan sebagai sumber pendapatan utama mereka.
Katanya industri ini membolehkan kira-kira 3.5 juta pelancong untuk datang ke Langkawi setiap tahun dan banyak memanfaatkan rakyat tempatan.
"Kita perlu menambah lebih banyak hotel dan restoran bagi menampung permintaan pelancong yang semakin ramai dan orang tempatan dapat terlibat dalam usaha ini," katanya.
Mengenai penganjuran rumah terbuka Aidilfitri itu, Dr Mahathir berkata ia sebagai tanda penghargaan beliau dan Pakatan Harapan kepada rakyat yang membolehkan kemenangan mereka dalam pilihan raya lepas.
"Kita akan sentiasa mencuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan cara membuka lebih banyak peluang lagi kepada mereka," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Jun 30 2018
DR MAHATHIR: Bukan cara kita untuk menghulurkan sogokan kepada rakyat dengan harapan sokongan akan diberikan oleh rakyat. - BERNAMA/Fail
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.