Sejumlah 455.839 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah akhirnya menerima keputusan yang dinanti-nantikan mereka pagi hari ini.

Keputusan SPM bagaimanapun, menunjukkan penurunan dalam bilangan pelajar yang mendapat markah cemerlang ( sejumlah 11,289 calon mendapat semua berbanding 13,970 pelajar pada tahun 2013 )

Terdapat banyak reaksi daripada pengguna media sosial sejak pengumuman keputusan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang dan mengingatkan pelajar untuk meraikan kejayaan mereka bersama-sama dengan ibu bapa dan guru-guru mereka .


Terdapat juga beberapa menteri yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang para pelajar SPM.



Namun, ada juga segelintir pihak yang mengingatkan bahawa keputusan SPM bukanlah titik hujung kehidupan malah hanya permulaan bagi satu lagi perjalanan yang baru.



Pelajar-pelajar juga diingatkan bahawa terdapat banyak lagi untuk menghadapi pasca SPM dan mereka perlu terus berusaha .

Timbalan Menteri Pelajaran II , P Kamalanathan di twitter memberitahu bahawa terdapat juga pelbagai peluang yang disediakan bagi mereka yang tidak mencapai keputusan cemerlang.

PK tweet
P.Kamalanathan dalam siri 'tweet-nya' memberitahu terdapat banyak peluang bagi mereka yang mencapai prestasi kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM. - Gambar Tweet