awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ashman, anak bongsu Najib dan Rosmah bertunang

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
29/04/2023
14:38 MYT
Ashman, anak bongsu Najib dan Rosmah bertunang
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman dilaporkan telah bertunang hari ini dengan gadis pilihan, Nikola Mulyadi. - Foto Facebook/Mohd Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR : Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman dilaporkan telah bertunang hari ini dengan gadis pilihan, Nikola Mulyadi.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi di Facebooknya pada Sabtu.
Beliau dalam perkongsiannya turut berharap Ashman tetap tabah meskipun majlis yang dilangsungkan di Pavilion itu tidak dapat dihadiri oleh bapanya.
"Memang tidak lengkap pertunangan anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berlangsung tanpa kehadiran Bossku (Najib). Tetapi tetap meriah dan tenang.
"...Semoga Allah memelihara Bossku. Dia akan kembali dalam perjuangan rakyat. Insya-Allah," katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis itu termasuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda terhadap tujuh pertuduhan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.
Topic Berkaitan
#pertunangan
#Norashman
#Datuk Seri Najib Razak
#majlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan