Agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengendalikan kes yang terlalu banyak dan terpaksa menentukan kes keutamaan untuk didahulukan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memberikan dakwaan penyelewengan wang kerajaan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai contoh kes prioriti, Dr Mahathir berkata kes berkenaan disiasat SPRM serta PDRM dan agensi berkenaan tidak perlu melaporkan kepadanya.
"Mereka bertindak melalui AG (peguam negara), mereka sudah sampaikan maklumat kepada AG, AG jalankan tugas (untuk mendakwa)," katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri keduanya ke United Kingdom pada Isnin.
Dr Mahathir berkata sebarang tindakan perlu mengikut undang-undang dan kerana itu ia akan mengambil masa untuk melalui proses tertentu.
"Kalau setakat dengar cerita sahaja pergi mahkamah mungkin boleh kalah.Kita perlu tentukan segala dokumentasi berkenaan kejadian itu, siap sedia dikemukakan kepada mahkamah supaya mahkamah buat pertimbangan sewajarnya," katanya.
Mengenai kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Dr Mahathir berkata setakat ini, ia belum libatkan United Kingdom.
Kes 1MDB telah menarik minat beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland untuk menyiasat.
Ditanya sama ada terdapat individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB berada di United Kingdom, Dr Mahathir berkata: "Barangkali tidak."
Beliau berkata kes 1MDB adalah terlalu banyak dan akan mengambil masa yang panjang.
"Mahu pergi ke mahkamah, kena ada bukti yang tidak boleh diketepikan," katanya.
Mengenai pemburuan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, Dr Mahathir berkata : "Kita cari dia tapi kita tak jumpa dia di mana."
Menyentuh mengenai pertemuannya dengan Setiausaha Kabinet Britain Mark Sedwill di Whitehall pada Isnin, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada kaedah di UK mengenai pihak berkuasa yang memilih pegawai tinggi kerajaan dan tindakan terhadap masalah keganasan dapat dilaksanakan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 02 2018
Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Kabinet Britain Sir Mark Sedwill di Whitehall, London, 1 Okt, 2018. Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar. --fotoBERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy
Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.
Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis
Pelantikan Peguam Negara yang diamalkan sebelum ini memberi persepsi bahawa ada perana Perdana Menteri di dalamnya.
Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19
Brett bagaimanapun berkata, penularan wabak itu mungkin akan bertambah buruk tidak dibendung.
Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.
Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.
Gadis lembam diperkosa ayah, abang dan adik lebih 120 kali
Mangsa diperkosa ketiga-tiga ahli keluarganya sendiri selepas kematian ibunya.