Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Astana, Kuching awal pagi tadi.
Pasangan terbabit yang mempunyai dua anak, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 5.50 pagi melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan Toyota Fortuner.
Mangsa dikenal pasti sebagai Reeco Juein, 34, dan isterinya Salome Micheal, 35.
Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii ketika dihubungi memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.09 pagi.
Sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan 10 anggota kemudian diaktifkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.
Kedua-dua mangsa maut terperangkap di dalam kereta Perodua Kancil dan pasukan bomba mengambil masa sekitar 20 minit untuk mengeluarkan mereka.
Punca nahas masih disiasat dan mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.
Sementara itu, tiga lagi mangsa yang berada di dalam kenderaan Toyota Fortuner selamat.
Rudi Affendi Khalik
Sat Sep 14 2019
Keadaan kereta mangsa suami isteri yang maut dalam perjalanan ke tempat kerja. -Foto
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penutupan sekolah di Jalan Astana ada kaitan kes dari kluster Bah Arnab - Uggah
Arahan penutupan Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) di Jalan Astana, Kuching selama tujuh hari oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak adalah dikaitkan dengan kes kluster Bah Arnab.
Suami isteri maut kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 5.50 pagi melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan Toyota Fortuner.