Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan memastikan projek Rumah Impian Bangsa Johor berjaya dalam membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.
Baginda bertitah ini ekoran lembaga pemilihan akan ditubuh untuk membuat tapisan dan penilaian terhadap setiap permohonan .
"Oleh itu, jangan melobi saya untuk dapat rumah tersebut," titah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda, di Istana Besar, hari ini.
Menurut Sultan Ibrahim, projek berkenaan merupakan hadiah daripada baginda untuk membantu rakyat Johor yang betul-betul susah.
Baginda menambah harga jualan rumah itu adalah dalam lingkungan RM100,000 sahaja dan bayaran deposit pembeliannya pula hanya RM1 dengan pembiayaan 100 peratus daripada Bank Rakyat.
Projek itu, yang bakal dilaksana di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) dan Bank Rakyat, dilancarkan oleh baginda semalam dan akan dibangunkan di tiga kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Bandar Dato' Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana.
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, di Bandar Dato' Onn, projek itu akan dibina di kawasan seluas 21.32 hektar melibatkan lebih 520 unit rumah.
Rumah-rumah di kawasan itu terdiri daripada rumah teres, rumah berkembar dan rumah sesebuah dan dijual antara RM80,000 sehingga RM100,000 dengan pembinaan bermula sebelum hujung tahun ini.
Sementara itu, sejumlah 320 unit rumah terdiri daripada dua blok kediaman, masing-masing mempunyai 12 tingkat, akan dibina di tanah seluas 2.75 hektar di Bandar Baru Majidee.
Dengan harga kurang daripada RM150,000 seunit, kerja pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.
Selain itu, sebuah projek lagi melibatkan 1,000 unit rumah sedang dirancang di tanah rizab Melayu, seluas 3.055 hektar di kawasan Bukit Saujana.
Harga jualan dijangkakan daripada RM297,000 hingga RM420,000.-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2017
Sultan Ibrahim akan memastikan projek Rumah Impian Bangsa Johor berjaya dalam membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa. -Gambar fail
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Johor lancar Progam Semarak Subuh bermula Jumaat ini
Inisiatif Program Semarak Subuh melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.
Johor catat RM10.6 bilion pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2023
Pencapaian itu amat membanggakan seluruh Bangsa Johor dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas berjumlah RM3.2 bilion bagi jumlah pelaburan yang diluluskan.
Jangan cuba pecah belah perpaduan Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah menegaskan jangan ada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.
Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.
Johor rancang perkenal majlis rumah terbuka Bangsa Johor
Penganjuran itu dilihat dapat menjadikan masyarakat berasa lebih dekat dengan aset di bawah YWJ termasuk muzium.
Jangan mengaku Bangsa Johor kalau tidak kenal apa itu air katira
Populariti air katira dalam kalangan Bangsa Johor sungguh menakjubkan.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.
Kenyataan berbaur politik kepartian berasas kekuatan silam sudah tidak relevan - PN Johor
Kenyataan yang berbaur kekuatan politik kepartian berasaskan kekuatan silam sudah tidak releven dalam suasana senario politik semasa.
Ikatan Anak Mersing hargai keprihatinan TMJ dalam pembangunan belia di Johor
Tunku Ismail disifatkan antara watak penting dalam pembangunan golongan belia sejak dahulu lagi.
TMJ mahu belia sampaikan 'suara' kepada pemimpin negara
Tunku Ismail bertitah peranan anak muda amat penting dalam menyampaikan pandangan demi memastikan kelangsungan perpaduan dan kemajuan ekonomi negara ini.