MERSING: Kerajaan Johor merancang memperkenalkan majlis rumah terbuka berkonsepkan Bangsa Johor di bangunan Yayasan Warisan Johor (YWJ) bagi setiap perayaan dalam usaha menyemarakkan industri pelancongan seni dan budaya warisan negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar berkata penganjuran itu dilihat dapat menjadikan masyarakat berasa lebih dekat dengan aset di bawah YWJ termasuk muzium.
Beliau berkata penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri daerah Mersing di pekarangan muzium Mersing semalam, merupakan permulaan perancangan program tersebut sekali gus menarik kehadiran pelancong untuk berkunjung ke muzium berkenaan.
"Ini merupakan contoh konsep Bangsa Johor yang kita hendak amalkan dan kita rancang untuk cuba buat semua sambutan perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dan Deepavali peringkat negeri dan di semua daerah secara giliran.
"Pada masa sama, kita dapat mempromosikan muzium dan aset-aset di bawah YWJ termasuk artis budaya kerana kita dapati ada ketikanya orang ramai kelihatan 'takut' untuk berkunjung misalnya ke muzium Mersing yang dahulunya adalah bangunan kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka berkenaan di sini semalam.
Raven Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh berkata kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung berbilang bangsa termasuk pelancong pada majlis itu mencerminkan tali persaudaraan yang erat dalam kalangan penduduk di negeri ini.
"Lebih 20 agensi daerah dan negeri terlibat dalam menjayakan sambutan rumah terbuka berkenaan dan ia dapat mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat dan agensi kerajaan.
"Kita yakin sekiranya dianjurkan di daerah yang kecil sekalipun akan ramai tetamu yang hadir dan semua rakyat Johor dapat merasai kemeriahan sambutan perayaan yang diadakan," katanya sambil menambah program seumpama itu mampu memeriahkan bangunan YWJ yang sudah lama tidak digunakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Raven Kumar bergambar bersama pengunjung ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri daerah Mersing yang diadakan di pekarangan muzium Mersing semalam. - Facebook Muzium Mersing

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Johor rancang perkenal majlis rumah terbuka Bangsa Johor
Penganjuran itu dilihat dapat menjadikan masyarakat berasa lebih dekat dengan aset di bawah YWJ termasuk muzium.

JAS Johor siasat buih putih di Sungai Skudai, tidak jejas LRA
Pencemaran buih putih yang dikesan di Sungai Skudai tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail.

Pemuda MIC tegas tidak benarkan sekolah vernakular dimansuh
Pergerakan Pemuda MIC menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk memansuhkan sekolah vernakular khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil di negara ini.

ADUN Tenggaroh positif COVID-19, tiga lagi wakil rakyat diarah kuarantin
Tiga lagi ADUN iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Tangkak, Ee Chin Li dan ADUN Senai, Tee Boon Tsong diarah menjalani kuarantin.