Tayar treler pecah dipercayai menjadi punca kemalangan lapan kenderaan di Kilometer 246.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, malam tadi yang menyebabkan tiga maut dan sembilan cedera.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, tayar sebelah kanan hadapan treler muatan besi itu dipercayai pecah, menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi jalan, menyebabkan halangan di lorong kanan.
Menurutnya, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda BRV yang datang dari arah belakang di lorong kanan gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kiri treler sebelum berpusing masuk ke lorong kiri.
Katanya, enam buah kenderaan lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu ialah Perodua Axia, Toyota Inova, Proton Waja, Honda Jazz dan dua buah motosikal.
“Akibat kemalangan ini pemandu dan dua orang penumpang Honda BRV disahkan mati di tempat kejadian, manakala mangsa lain yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa yang maut ialah pemandu, K. Mahinderan, 56 tahun, dan dua penumpang wanita K. Aruna, 56 tahun, serta S. Thavamalar, 52 tahun.
Mereka yang cedera parah ialah dua penumpang Honda BRV, V. Rukumany, 53 tahun, dan K. Amutha, 57 tahun; tiga penumpang Perodua Axia, Nurul Atikah Mohd Radzi, 24 tahun, Nurul Jannah Zulkifli, 21 tahun, dan Rabiatul Adawiyah Zulkifli, 15 tahun.
Manakala, seramai 10 lagi mangsa, termasuk pemandu treler, mengalami kecederaan ringan atau tidak mengalami kecederaan.
Razali berkata, polis turut menahan pemandu treler untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tujuh kenderaan dilaporkan terlibat dalam kemalangan tersebut, bagaimanapun pihak polis kemudiannya mengesahkan ia melibatkan lapan kenderaan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 06 2020
Selain tiga yang maut, 10 lagi mangsa mengalami kecederaan ringan atau tidak mengalami kecederaan dalam insiden di Lebuhraya PLUS malam tadi. - Foto PDRM
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.