awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua

Bernama
Bernama
15/02/2024
15:48 MYT
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Polis Puncak Jaya berkata pertempuran antara penyokong yang menggunakan pelbagai senjata seperti anak panah, pisau dan parang, berlaku di Wonwi, Dokome, Yaimo, Pagaleme, Mulia, Yambi, Irimuli, Muara dan Illu. - Gambar Bernama
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Polis Puncak Jaya berkata pertempuran antara penyokong yang menggunakan pelbagai senjata seperti anak panah, pisau dan parang, berlaku di Wonwi, Dokome, Yaimo, Pagaleme, Mulia, Yambi, Irimuli, Muara dan Illu.
"Insiden pertama berlaku di Wonwi pada pukul 10 pagi waktu tempatan, berpunca daripada pertikaian mengenai undi untuk calon mereka," kata Asisten Komisioner Polis Kuswara dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan dan memastikan proses pengundian diteruskan dengan selamat.
Selain itu, media tempatan melaporkan kekecohan di 13 pusat mengundi di Bima, Nusa Tenggara Barat, apabila beberapa individu merosakkan dan membakar peralatan selepas pengiraan undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Indonesia
#Papua
#cedera
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan