BANGKOK: Thailand sedang mempertimbangkan untuk menghantar pulang pengusaha kosmetik Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang melarikan diri ke Thailand dan didakwa pihak berkuasa Thailand atas kesalahan imigresen.
Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Mejar Jeneral Achayon Kraithong berkata, Muhammad Sajjad ditahan kerana masuk secara haram.
"Ada banyak prosedur (untuk hantar pulang Muhammad Sajjad) ... kita perlu mengikuti undang-undang imigresen. Sama ada untuk menghantar (Muhammad Sajjad) balik atau tidak, ia masih dipertimbangkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, Bernama difahamkan pihak berkuasa Thailand masih belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa Malaysia.
Muhammad Sajjad ditahan pegawai imigresen Thailand pada 8 September kerana pasport tidak sah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM8,343 pada 10 September.
Pada Selasa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama Kementerian Luar dan pejabat Peguam Negara untuk proses mengekstradisi ahli perniagaan kosmetik itu ke Malaysia.
BACA: Bukit Aman siasat siapa dalang bantu Sajat lolos hingga ke Thailand
Muhammad Sajjad diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.
Media melaporkan Muhammad Sajjad telah memohon status pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian dan sedang mengintai untuk pindah ke Australia.
Sementara itu, Thailand mengulangi bahawa kes Muhammad Sajjad akan dikendalikan mengikuti lunas undang-undang negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata "kami tangani kes ini berlandaskan kemanusiaan dan undang-undang".
Sementara itu, penyelidik Human Rights Watch Thailand Sunai Phasuk berkata Muhammad Sajjad diakui sebagai pelarian oleh UNHCR.
Katanya, adalah menjadi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa Thailand dan tidak boleh membahayakan Muhammad Sajjad.
"Thailand tertakluk di bawah prinsip peraturan antarabangsa, tiada penghantaran pulang paksa yang melarang menghantar pulang seseorang ke negara di mana mereka mungkin menghadapi pendakwaan atau penganiayaan serius," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021
Thailand sedang mempertimbangkan untuk menghantar pulang pengusaha kosmetik Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang melarikan diri ke Thailand dan didakwa pihak berkuasa Thailand atas kesalahan imigresen. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Sajat dikehendaki polis kes penipuan maklumat kad pengenalan
Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari.
Apa nasib 'anak angkat' Sajat? Ini penjelasan peguam...
Mungkin ramai yang hanya menumpukan isu Muhammad Sajjad melarikan diri keluar negara sahaja tanpa sedar semasa di Malaysia beliau juga memelihara beberapa orang kanak-kanak.
Isu LGBT: Kerajaan perlu atasi dengan berhemah, elak kekerasan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam mengatasi isu LGBT di negara ini berbanding terus menghukum golongan berkenaan.
Bakal menetap di Australia? Sajat tayang rumah di sana
Sajat kini masih tinggal di hotel dan bakal berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.
Sajat masih menyorok di Thailand - Polis
Polis masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.
'Sajat, peluang untuk kamu bertaubat sentiasa terbuka' - Idris
Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Idris Ahmad.
Parlimen: 'Sajat sudah ditahan, Jho Low bila lagi?' Soal RSN Rayer
Penahanan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Thailand baru-baru ini menjadi analogi kepada kes ahli perniagaan, Jho Low dalam Dewan Rakyat hari ini.
Thailand belum buat keputusan mengenai Nur Sajat
Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Mejar Jeneral Achayon Kraithong berkata, Muhammad Sajjad ditahan kerana masuk secara haram.
Bukit Aman siasat siapa dalang bantu Sajat lolos hingga ke Thailand
Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 April 2021.