ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 April 2021.

1. Kurangkan birokrasi, mudahkan rakyat di luar bandar - PM

Perdana Menteri mahu penjawat awam untuk mengurangkan kekangan birokrasi dalam memastikan sistem penyampaian kepada rakyat di luar bandar termasuk di Sarawak berjalan lancar.

2. Parti Pejuang Dr Mahathir diberi kebenaran buat semakan kehakiman

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan memulakan semakan kehakiman bagi menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendaftarkannya sebagai parti politik.

3. Hubungan Pas - UMNO masih baik, kata Ismail Sabri

Hubungan Pas dan UMNO di peringkat akar umbi dan pimpinan tertinggi masih baik, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

4. Polis mohon bantuan Interpol jejaki Datuk Seri Nicky Liow

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan ahli perniagaan yang sedang di diburu, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

5. PGA edar gambar Sajat di pos kawalan, elak bolos ke negara jiran

Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.

6. Hukuman zalim, tidak masuk akal, Tun Faisal rayu penggantungan dibatalkan

Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz merayu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membatalkan hukuman penggantungan keahlian terhadapnya.

7. COVID-19: 1,178 kes positif baharu, Sarawak catat jumlah tertinggi

Sebanyak 1,178 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan 346,678 kes direkodkan sehingga kini dengan 1,158 kes penularan tempatan dan 20 kes import.

8. COVID-19: KKM kenal pasti kewujudan varian Afrika Selatan di negara ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihaknya menerusi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South African B.1.351 menerusi empat kes penularan tempatan positif COVID-19.

9. Mungkin boleh rentas negeri, daerah jika sudah terima dua dos vaksin - Muhyiddin

Penerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 mungkin akan diberikan kebenaran untuk merentas negeri tanpa sebarang halangan.

Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Kuching pada Khamis.

10. Tun Mahathir bidas mentaliti pihak yang anggap 'cash is king'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas mentaliti pihak yang menganggap wang adalah segala-galanya dalam mencapai keinginan.