Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes malaria manusia jangkitan tempatan sehingga 14 April tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pencapaian itu sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjadikan Malaysia sifar kes malaria jangkitan tempatan pada 2020.
Katanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengenal pasti Malaysia antara tiga negara (bersama Korea dan China) untuk mencapai status bebas Malaria menjelang 2020.
"KKM akan meneruskan komitmen bagi menjadikan Malaysia sifar kes malaria jangkitan tempatan pada 2020 dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan bersama agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan sebagainya bagi melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kemasukan semula jangkitan malaria," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini sempena Hari Malaria Sedunia 2018 yang bertemakan 'Bersedia Tumpaskan Malaria'.
Dr Noor Hisham berkata antara inisiatif yang dilaksanakan bagi mencapai malaria sifar ialah Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK) yang dilancarkan pada 2011.
"Selepas tujuh tahun perlaksanaan PSEMK, bilangan kes Malaria manusia jangkitan tempatan di Malaysia berjaya diturunkan sebanyak 98.4 peratus daripada 5,194 kes pada 2010 kepada 85 kes pada tahun 2017," katanya.
Beliau berkata masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam hal ini dan menyarankan mereka agar mengambil tiga langkah pencegahan bersama.
Langkah pencegahan itu ialah menggunakan kelambu berubat dan memakai 'repellent' (penghalau nyamuk) bagi penduduk yang tinggal di kawasan berpotensi jangkitan Malaria termasuk kawasan sempadan Indonesia dan Thailand.
Pemilik ladang pula disarankan tidak mengupah pekerja asing tanpa dokumen yang sah dan bagi mereka yang selalu masuk ke hutan untuk bekerja, menjalankan aktiviti rekreasi atau memburu, perlu menggunakan repellent dan memakai pakaian berlengan panjang, katanya.
Hari Malaria Sedunia merupakan antara lapan sambutan hari Kesihatan Awam Global yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal penyakit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 28 2018
Masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam hal ini dan menyarankan mereka agar mengambil tiga langkah pencegahan bersama. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah
Wabak itu menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak.
Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri
123,133 kes denggi telah dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3 peratus.
Pesakit gout disaran elak toreh, tebuk sendiri benjolan gout
Pesakit gout dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sendiri cecair asid urik daripada tophi atau benjolan yang terbentuk di bawah lapisan kulit.
7,254 kes demam denggi, 12 kematian direkodkan di Pulau Pinang
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari hingga 23 Disember adalah sebanyak 7,254 kes dengan 12 kematian dicatatkan.
COVID-19, flu meningkat di AS ketika musim cuti, tingkat risiko kesihatan
Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan kes flu dan COVID-19 di tengah-tengah musim cuti.
16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.