awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah

Bernama
Bernama
16/01/2024
10:00 MYT
Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah
Wabak itu menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak. - Gambar hiasan/ i- Stock
DAR ES SALAAM: Pihak berkuasa kesihatan Tanzania pada Isnin mengeluarkan amaran peringkat tinggi berhubung wabak penyakit mata merah yang menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak, lapor Xinhua.
Pengarah Perkhidmatan Kuratif di Kementerian Kesihatan Pascal Ruggajo berkata siasatan awal menunjukkan kebanyakan individu telah dijangkiti penyakit itu di negara ini.
Dalam sidang media di sini Ruggajo berkata terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit dengan penyakit mata merah yang dilaporkan di pusat-pusat kesihatan di Tanzania.
Menurut beliau terdapat 869 pesakit yang mengalami penyakit mata merah di Dar es Salaam antara 22 Dis 2023 dan 11 Jan 2024.
Beliau berkata antara gejala penyakit mata merah termasuk gatal-gatal pada mata, rasa pedih mata dan mata berair.
Ruggajo berkata terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit mata merah, termasuk mencuci kelopak mata dengan lembut dan mengurutnya dengan ringan selain mendapatkan nasihat dan ubat daripada pakar penjagaan mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wabak mata merah
#tanzania
#kesihatan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan