Di celah-celah berlakunya perang berlanjutan di Syria dan penindasan berterusan terhadap warga Palestin, radar perhatian tidak wajar beralih kepada satu lagi kumpulan tertindas, Rohingya.
Dalam tenggelam timbul perhatian ke atas mereka, juga sorotan luar biasa suatu ketika di Bangladesh, anak-anak Rohingya, jumlahnya hampir 15,000 orang di Malaysia tuntut rayuan, jangan sesekali alih perhatian terhadap mereka sekali pun ada berlaku perkara lain di dunia ini.
Antara bentuk perhatian yang diperlukan termasuk integrasi kumpulan pelarian yang terdiri daripada elemen pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.
“Kita warga Rohingya hidup kerana belas rakyat Malaysia, kalau satu ketika rakyat Malaysia pilih untuk lupa kami, kami sengsara,” kata Arfat, warga Rohingya yang sudah lebih 15 tahun berada di Malaysia dan kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengetua Sekolah Pelarian Rohingya Al-Ikhlas, Selayang.
Sebagai guru di sekolah pelarian, yang didirikan atas rumah kedai yang sempit, beliau melihat sekolah berkenaan tetap berterusan mencurahkan ilmu kepada anak bangsanya disebabkan aliran derma daripada kalangan mereka yang prihatin di Malaysia.
Bantuan diperoleh dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, buku-buku dan peralatan alat tulis yang lain serta tenaga pengajar.
“Namun, jika tiada ingatan tertumpah kepada sekolah ini, kalau aliran bantuan terhenti, sekolah ini juga mungkin tiada nadinya lagi,’’ kata Arfat semasa ditemui di sekolah kendaliannya itu baru-baru ini.
Sekolah Pelarian Rohingya Al-Ikhlas mula beroperasi pada 2015 dan kini dihadiri 100 murid Rohingya berusia 6-14 tahun.
Bagi Norliza Nordeen, individu yang bertanggungjawab menggerakkan Sekolah Pelarian Rohingya Al-Ikhlas dan Projek Al-Ikhlas, bantuan kepada masyarakat ini memang ada, tetapi sedikit kurang untuk pendidikan.
“Tidak dapat tidak, mereka perlu dibantu khususnya dalam memberi dan menyediakan pendidikan kepada generasi ketiga, ini sahaja jasa kita kepada mereka. Ia penting kerana mereka bukan mahu tinggal selamanya di Malaysia. Malaysia cuma jadi tempat sementara untuk mereka menimba sebelum hasilnya dapat dilihat di negara mereka,’’ kata Norliza.
Projek Al-Ikhlas digerakkan bagi memastikan aliran bantuan kepada masyarakat ini tidak terputus. Sebagai contoh, bantuan untuk memastikan sekolah terus beroperasi, bekalan ilmu dan tenaga pengajar mencukupi dalam sederhana serta makan minum tersedia sebagai perangsang menimba pengetahuan.
Badan bukan kerajaan (NGO) pula melihat bantuan kepada Rohingya tidak boleh bermusim atau tenggelam timbul di celah-celah keprihatinan kita kepada isu-isu global lain.
“Sekali pun kalau ada masalah perang di Syria, ada kezaliman oleh rejim Zionis ke atas Palestin, ada pergolakan di Iran, kita tidak boleh lupakan mereka. Ini kerana, apabila kita menerima mereka sebagai pelarian, kita seperti berjanji untuk bersifat manusiawi kepada mereka. Sifat manusiawi itu antaranya, perlu terus bantu mereka, tidak boleh lupakan mereka sama sekali, “ kata Dr Andika Abdul Wahab, seorang NGO yang kerap menghulurkan bantuan kepada kumpulan pelarian di Malaysia.
Bekas Wakil Khas Pertubuhan Negara Islam (OIC) ke Myanmar, pula melihat pentingnya masyarakat Malaysia terus kekal memasukkan Rohingya dalam album keprihatinan mereka supaya kumpulan ini tidak terus tertindas.
“Berdasarkan pengalaman dalam OIC dan pemerhatian terhadap kerja-kerja kemanusiaan seperti dilakukan sekarang, saya dapati, apa yang paling mendesak ialah ingatan kita kepada mereka. Apabila kita tidak lupakan mereka, rasa kemanusiaan itu akan datang dengan sendirinya,’’ kata beliau.
“Rohingya, tidak ada negara, nasib mereka lebih daripada kasihan daripada bergelar yatim piatu. Malaysia adalah tempat transit mereka sementara menunggu keadaan aman untuk pulang ke tanah air sendiri.
Tetapi, dalam tempoh sementara mereka berada di Malaysia, kita tidak pedulikan pendidikan mereka, lupakan soal kesihatan dan ketepikan hak pekerjaaan mereka, siapa lagi yang akan bantu mereka? “ soal Syed Hamid.
Bagi seorang anak Rohingya Raesa Arfat, 14, beliau berasa cukup bertuah kerana tidak dilupakan warga Malaysia untuk pendidikannya di sini.
“Saya melihat, banyak bantuan kepada warga Rohingya, wang, pakaian dan sebagainya. Tetapi, untuk pendidikan, perlu lebih bersemarak lagi. Mungkin ibu bapa Rohingya yang tiada wang, tidak akan hantar anak ke sekolah, ini memang menyedihkan. Jadi saya berpandangan, jangan terus dilupakan bantuan kepada kami. Boleh sahaja ingatkan kami tentang pentingnya menimba ilmu untuk masa depan. Ibu bapa kami perlu diingatkan tentang kepentingan ini. Maka, tolonglah, terus ingati kami Rohingya di Malaysia,’’ rayu Raesa yang bercita-cita mahu menjadi doktor satu hari nanti.
Sejak pelbagai bentuk kezaliman ke atas masyarakat etnik Rohingya tahun lalu, tiada petanda jelas kumpulan itu boleh pulang semula ke negara asal mereka, Myanmar.
Justeru, penghijrahan ke negara jiran sebagai kumpulan pelarian mungkin akan berlaku untuk tempoh yang lama. Ini membuka ruang untuk negara hos seperti Malaysia mencari jalan memikirkan proses integrasi mereka, antaranya menerusi pendidikan.
Data Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) mendedahkan, 54,000 pelarian berdaftar dengan agensi itu setakat Jun 2017. Manakala lebih 40,000 lagi tidak berdaftar.
Ketiadaan dokumen rasmi menyebabkan anak-anak Rohingya tidak dibenarkan memasuki sekolah kebangsaan, sebaliknya sekolah-sekolah tidak rasmi yang ada di Malaysia dibantu penyelarasannya oleh UNHCR.
Ia turut bergerak kerana adanya penderma daripada kalangan rakyat Malaysia membantu masyarakat ini.
Dr Azlinariah Abdullah
Tue Mar 13 2018
Kanak-kanak pelarian Rohingya perlu terus dibantu khususnya di segi pendidikan supaya nasib mereka sebagai kumpulan tertindas terbela apabila pulang ke negara asal Myanmar suatu hari nanti. - Foto Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.