Pemaju projek pembinaan jalan raya berkembar Paya Terubong mendakwa kontena yang menempatkan pekerja asing telah dikosongkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku.

Syarikat pemaju, Yuta Maju Sdn Bhd dalam satu kenyataan media hari ini mendakwa mereka tidak mengetahui 13 kontena rumah pekerja yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh masih didiami warga asing.

Pemaju turut mendakwa bekalan elektrik juga telah dipotong pada 2 Oktober lalu bagi memastikan kabin itu tidak digunakan.

Dalam masa, pihak pemaju mendakwa ada mangsa yang maut tidak bekerja dengan syarikat mereka.

Tragedi Bukit Kukus

Pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam urusan menghantar pulang mangsa yang terkorban ke negara masing-masing.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seramai sembilan warga asing maut selepas kontena rumah pekerja yang didiami mereka ditimbus tanah runtuh kira-kira jam 2 petang.