Pemandu lori muatan ikan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan libatkan empat buah kenderaan dan meragut tiga nyawa beradik telah direman selama tiga hari bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata pihaknya telah menahan pemandu berusia 24 berkenaan bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung insiden.

BACA: "Lori 'sapu' semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan" - Saksi

BACA: Kemalangan Lenggong: Kanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap pemeriksaan brek lori membawa muatan ikan itu yang dipercayai mengalami kerosakan.

BACA: 'Betul ke brek rosak?' - Abang mangsa

"Pemandu direman selama tiga hari bermula 11 Dis hingga 13 Dis dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Semalam, Astro AWANI melaporkan mengenai insiden yang mengorbankan tiga beradik termasuk sepasang kembar serta turut menyebabkan bapa mereka cedera berhampiran MRSM Lenggong.

BACA: "Tunggu Mama di syurga..."

BACA: 'Tak sempat peluk, cium kali terakhir'

Pada pagi Isnin, ketiga-tiga beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kuin, Kuantan, Pahang.