Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa selama 45 minit menziarahi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Menurut Anwar, sepanjang tempoh itu perbualan berkisar tentang tahap kesihatannya sebaik pulang dari Turki beberapa hari lalu.

Beliau turut berterima kasih di atas kelapangan Dr Mahathir berkunjung ketika beliau sedang menerima rawatan.





Anwar dimasukkan ke hospital Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan di bahagian bahu sebaik pulang dari Turki.