Universiti Malaya (UM) telah menahan kerja petugasnya yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual terhadap pelajar universiti itu.
Naib Canselor UM Abdul Rahim Hashim berkata pelaku telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib dan dikenakan hukuman berdasarkan Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun.
"Merujuk kepada laporan media mengenai kes gangguan seksual tersebut, UM ingin menegaskan bahawa tindakan berikut telah diambil berkaitan kes ini iaitu siasatan dibuat serta-merta setelah aduan diterima, pelaku ditahan kerja," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya memandang serius aduan atau laporan kes gangguan seksual yang melibatkan pelajar dan staf selain telah membangunkan pelbagai inisiatif dan program bagi mencegah gangguan seksual di kampus.
"UM sentiasa komited untuk menambah baik inisiatif dan program pencegahan serta pengendalian kes gangguan seksual supaya ia dapat diurus dengan lebih berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020
UM sentiasa komited untuk menambah baik inisiatif dan program pencegahan serta pengendalian kes gangguan seksual supaya ia dapat diurus dengan lebih berkesan. - Gambar hiasan
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa
Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan
Polis Perak menerima lima laporan polis berhubung kejadian penyebaran surat layang gangguan seksual melibatkan seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
KPWKM cadang bangunkan sistem e-pemfailan bagi mangsa gangguan seksual salur aduan
KPWKM bercadang membangunkan sistem e-pemfailan (e-filing) yang membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual yang berada di luar Putrajaya memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual.
Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.
Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.
Doktor pelatih dakwa terima gangguan seksual diminta buat laporan polis
A Sivanesan berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan tiada sebarang laporan dibuat mangsa sekali gus menyukarkan siasatan dijalankan.
JKN Perak mulakan siasatan berhubung dakwaan doktor lakukan gangguan seksual di HRPB
Satu surat layang diterima pihak JKN Perak melalui pos pada 28 Februari lepas, dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 29 Februari.