Tutup

UPSI batal penggantungan pengajian Adam Adli

UPSI batal penggantungan pengajian Adam Adli
UPSI, dalam surat kepada Adam Adli, berkata pihak universiti telah dimaklumkan Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya dari salah laku.
TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membatalkan penggantungan pengajian selama lima tahun terhadap aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.

Memetik laporan MaIaysiaKini, perkara itu diputuskan selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan menghasut berhubung ucapan yang dibuat Adam beberapa hari selepas BN menang pada  PRU13 pada 2013.
UPSI, dalam surat kepada Adam Adli, berkata pihak universiti telah dimaklumkan Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya dari salah laku.
“Sehubungan itu, saudara dengan ini dilepaskan daripada pergantungan tersebut dan dibenarkan untuk menyambung pengajian di universiti ini mulai 10 September 2018,” tulis surat itu.


Foto Facebook Adam Adli

Adam berkongsi surat itu pada laman Facebooknya berkata:

“Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.”

Adam digantung pengajian di universiti pada 6 September 2013, berikutan pertuduhan hasutan di mahkamah itu.

Sebelum penggantungannya, Adam Adli memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu termasuk Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).