Majikan, syarikat insurans dan institusi berkepentingan perlu berkolaborasi dalam usaha membantu masyarakat mendapatkan rawatan subfertiliti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam usaha itu, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan supaya subfertiliti disenaraikan sebagai penyakit yang dilindungi insurans.
“Pada masa ini kadar kos yang tinggi menyebabkan masih ramai pasangan tidak mempunyai ruang untuk mendapatkan rawatan subfertiliti. Kos rawatan subfertiliti dianggarkan antara RM1,000 dan RM12,000.
“Mungkin sebagai permulaan prosedur Permanian Dalam Rahim (IUI) boleh ditanggung dari skim perlindungan kesihatan terutama bagi warga kerja sektor swasta," katanya ketika merasmikan program Jalinan Kasih 2019 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah menjelaskan bahawa penjawat awam boleh mendapatkan rawatan subfertiliti di klinik LPPKN dan boleh menuntut bayaran daripada kerajaan.
Dr Wan Azizah seterusnya berkata, pihak majikan sektor swasta boleh menimbang memberi insentif atau pembiayaan khas kepada pekerja yang menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan subfertiliti terutama mereka yang belum menimang cahaya mata.
“Contohnya, kos pembiayaan rawatan subfertiliti ini (dimasukkan) ke dalam senarai jenis rawatan yang ditanggung oleh panel kesihatan majikan.
“Pihak majikan juga boleh menzahirkan sokongan moral dengan memberikan ruang atau meluluskan cuti khas kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan subfertiliti,” kata Timbalan Perdana Menteri.
Dalam soal tahap kesuburan populasi di Malaysia, beliau berkata Total Fertility Rate (TFR) iaitu purata bilangan kelahiran bagi setiap wanita dalam lingkungan usia reproduktif menurun daripada 6.7 pada 1957 kepada 1.9 pada 2019.
Senario penurunan TFR itu antara faktor utama yang bakal menjadikan Malaysia pada masa hadapan mempunyai lebih ramai warga tua dengan negara diunjurkan menjadi negara tua menjelang 2030 apabila lebih 15 peratus daripada populasi rakyat mencapai umur lebih 60 tahun.
Berdasarkan kajian, beliau berkata jika penurunan TFR tidak ditangani, negara akan seterusnya mencapai 20 peratus warga tua menjelang 2040.
“Ini akan memberi cabaran kepada negara untuk mengurus peningkatan perbelanjaan kesihatan sekiranya masyarakat dan negara belum bersedia mempunyai tabungan ekonomi untuk menuju negara tua,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama anak-anak yang lahir melalui pelbagai rawatan antaranya In Vitro Fertilization ketika merasmikan "Jalinan Kasih - 40 Tahun Merealisasikan Impian" hari ini. - Foto Bernama
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.
5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.
"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.