Wanita hamil, bercadang mahu mengandung perlu berbincang dengan doktor pakar perbidanan masing-masing untuk mendapatkan nasihat sewajarnya mengenai virus Zika yang melanda negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam, berkata ini termasuk mendapatkan nasihat tentang jangka masa yang selamat dan tidak selamat untuk memperoleh cahaya mata.
Dr Subramaniam berkata sekarang masyarakat perlu sedar bahawa virus Zika sudah pun menular di beberapa tempat terutamanya di Johor Bahru yang laluan ramai rakyat Malaysia untuk berulang-alik ke negara jiran.
“Sekarang kita kena anggap, contohnya Johor mungkin virus itu sudah ada di situ. Walaupun kita tak nampak kes-kes positif tetapi dengan keadaan dan kedudukan Johor Bahru dan jumlah mereka yang ulang-alik serta jumlah kes yang meningkat di Singapura, kemungkinan penularan sudah berlaku.
“Jadi, di dalam perkara macam itu, ada kemungkinan ada orang telah mendapat penyakit tetapi kita tidak tahu, sebab 80 peratus tiada simptom cuma 20 peratus ada simptom.
BACA: Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu
“Oleh itu, mereka yang mahu mengandung, lebih baik mereka jumpa doktor. Ikut nasihat yang diberikan oleh doktor, itu cara yang paling sesuai,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan
Persidangan Saintifik Kesihatan Malaysia Bersekutu yang ke-11, di sini, hari ini.
Tambahnya, nasihat doktor juga penting kerana pemeriksaan untuk virus Zika tidak berhenti selepas ujian darah dan terdapat banyak tindakan susulan.
Dr Subramaniam turut berkata Kementerian sudah pun berbincang dengan kesemua doktor kerajaan dan swasta mengenai tindakan yang harus dilakukan sekiranya pesakit yang dijangkiti Zika datang untuk membuat ujian dan mendapatkan rawatan.
Minggu lalu, seorang warga emas dari Sabah menajadi kes tempatan pertama jangkitan virus tersebut. Lelaki berusia 61 tahun itu dilaporkan mengalami demam pada 27 Ogos dan mendapatkan rawatan pada kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang di Kota Kinabalu pada 30 Ogos.
Beliau dialporkan meninggal dunia pada 3 September akibat komplikasi jantung.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 06 2016
Wanita yang mahu mengandung, akan mengandung atau sudah pun mengandung perlu berbincang dengan doktor pakar perbindanan masing-masing untuk mendapatkan nasihat sewajarnya mengenai wabak Zika.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Amaran terhadap perbuatan sabotaj dalam MIC
Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terbukti berlaku perbuatan sabotaj dikalangan calon MIC, kata presiden parti Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Pasukan perubatan sedia digerakkan ke pusat pemindahan mangsa banjir
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan memiliki Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia diguna pakai di pusat pemindahan mangsa banjir.
Hal berkaitan kerusi hanya dibincangkan secara dalaman - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin semua parti komponen akan menerima keputusan yang dicapai pimpinan tertinggi parti.
Kementerian pantau produk berasaskan telur - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan lanjut isu telur ayam tercemar dari Eropah serta menunggu kenyataan negara pengeluar mengenainya.
Tindakan tegas perlu diambil tangani budaya buli dan gengsterisme - Dr Subramaniam
Tindakan lebih serius dan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani budaya buli di sekolah dan gengsterism dalam kalangan belia.
Kim Jong Nam mati 15-20 minit selepas terkena Agen Saraf VX - Subramaniam
Katanya, agen tersebut telah menyebabkan organ utama mangsa seperti jantung dan paru-paru gagal berfungsi.
Tiga individu sah dijangkiti kencing tikus - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga daripada enam pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Tanah Merah, Kelantan menghidapi jangkitan kencing tikus.
Komplikasi berkhatan: Lesen perubatan boleh digantung jika cuai - Subramaniam
Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam melakukan prosedur berkhatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
'Tiada keperluan beli vaksin denggi' - Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, ia disebabkan pihaknya mendapati masih ada kelemahan di dalam vaksin itu sendiri.
Zika masuk Malaysia: Wanita Klang sah dijangkiti, kes pertama di negara ini
Wanita dari Klang itu berkunjung ke Singapura pada 19 Ogos selama tiga hari dan mula menunjukkan tanda demam selepas seminggu.