Meluangkan masa sibuknya daripada aktiviti ceramah, Mohd Rafizi Ramli, calon PKR di Parlimen Pandan (P100) bersantai bersama pengundi wanita berbangsa Cina dengan aktiviti taichi.

Trek Kempen meninjau sekitar aktiviti kempen di kerusi Parlimen Pandan (P100) yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara personaliti kontroversi PKR itu bersama calon BN, Lim Chin Yee dan calon Bebas, Tan Yew Leng

Dalam pilihan raya umum lalu, P100 dimenangi oleh Dato Ong Tee Keat (BN) yang memperoleh 25,236 undi setelah menewaskan calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti 2,961 undi.

Parlimen Pandan (P100) mempunyai sebanyak 83,936 pengundi yang terdiri daripada pengundi Cina sebanyak 48%, Melayu 44% dan India 6%.

Turut ditampilkan dalam episod ini ialah calon muka baru di DUN Alor Mengkudu (N14) yang menyaksikan Shahrifah Maznah Syed Kassim Barakbah dari BN.