Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, mengakui sentiasa bergaduh dengan isterinya disebabkan beliau kekurangan masa bersama.
Bahkan, menurut timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu, dalam tiga minggu kebelakangan ini, beliau sering tidak dapat bermalam di rumah kerana kekangan masa.
Katanya, beliau juga terkilan kerana tidak sempat bermesra dengan cucu keempat yang baru sebulan dilahirkan kerana sibuk memenuhi jadual program bersama rakyat di kawasan Parlimen itu.
“Isteri saya merungut, 'baloh' (perang mulut) kerana saya tak cukup masa. Isteri minta masa bersama, isteri minta tumpuan, saya tak dapat bagi buat masa sekarang. Masa saya bagi kepada rakyat,” katanya kepada Astro AWANI.
“Cucu saya yang baru lahir, lelaki berusia sebulan, saya sempat 'jamah' (sentuh) tiga minggu lepas, sempatlah dukung. Selepas itu, tak jumpa dah.
"Memang saya teringat, rindu sangat,” katanya yang mengakui kadang-kadang dia hanya tidur di dalam kereta.
Bagaimana pun, katanya, perbalahan dengan isterinya tidak berpanjangan selepas melihat beliau kelam kabut memenuhi jadual yang diatur.
Ahmad Jazlan memaklumkan, beliau tidur hanya sekitar tiga hingga empat jam sehari dan mengakui tertekan dalam berusaha memenuhi jadual program.
Katanya, beliau sebelum ini seorang ahli perniagaan, namun apabila memasuki bidang politik, masa dan keadaan mengubahnya dan keluarga, kerana banyak masa diberikan untuk program, baik di peringkat kementerian, mahu pun parti.
Namun, di suatu sudut, beliau reda dan berpuas hati apabila sesuatu perkara yang dilakukan itu dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
Vivi Sumanti
Tue May 08 2018
Ahmad Jazlan (kiri) melihat jalan yang baharu diturap dengan menggunakan kaedah Cuplump atau campuran bitumen dan getah sepanjang satu kilometer di Kampung Pauh Temangan, Machang, 4 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti
UMNO Kelantan juga menolak sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi agenda individu.
PRU15: Ahmad Jazlan kesal fitnah salah guna kedudukan lulus projek bina masjid
Ahmad Jazlan Yaakob, menafikan menyalah guna kedudukan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk meluluskan projek pembinaan sebuah masjid ketika menjawat jawatan itu.
UMNO Kelantan letak calon di kerusi tradisi miliknya - Ahmad Jazlan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, UMNO Kelantan tidak akan berkompromi di kerusi yang menjadi tradisi ditandinginya.
UMNO Kelantan harap momentum kemenangan di PRN Melaka berterusan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengharapkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
'Penafian Zahid itu yang karut dan cerita kartun' - Nazri Aziz
Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.
UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan - Ismail Sabri
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengetahui berita berkenaan melalui laporan media pada Sabtu.
Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
Tindakan itu akan dilakukan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
PRU15: Muafakat Nasional Selangor selesai agih 90 peratus kerusi
Muafakat Nasional (MN) Selangor sudah menyelesaikan 90 peratus pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.
'Kami terkejut, terkilan dan sedih, Ikmal tinggalkan kami' - UMNO Kelantan
Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan melahirkan rasa amat terkejut, terkilan dan kecewa bercampur sedih dengan pengisytiharan keluar parti yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tanah Merah.