awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan - Ismail Sabri

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/01/2021
08:09 MYT
UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan  - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak pasti sama ada tindakan Ahmad Jazlan itu dibincangkan dalam parti atau sebaliknya kerana sebarang keputusan mesti diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti. - Gambar fail
KOTA BHARU:Pucuk pimpinan UMNO akan mengadakan perbincangan berhubung tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang mengumumkan menarik balik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sendiri mengetahui berita berkenaan melalui laporan media pada Sabtu.
Bahkan beliau juga tidak pasti sama ada tindakan Ahmad Jazlan itu dibincangkan dalam parti atau sebaliknya kerana sebarang keputusan mesti diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti.
"Kita akan bincanglah kalau ada isu seperti ini kita akan bincang. Saya sendiri tidak boleh beri apa-apa kenyataan kerana ia ada kaitan dengan pendirian parti.
"Apa yang berlaku parti kena putuskan. Saya cuma tahu melalui media semalam," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahmad Jazlan yang mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dalam satu sidang media di sini, pada Sabtu.
Tindakan Ahmad Jazlan menarik sokongan itu mengurangkan jumlah majoriti kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tarik sokongan: Tindakan Ahmad Jazlan perlu dibincang dalam parti
BACA: Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
BACA: PN hilang majoriti, Muhyiddin perlu segera menghadap Agong, kata MP PKR
BACA: Wanita PKR cabar Muhyiddin benarkan PAU
Pada Sabtu, Ahmad Jazlan dari Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa lebih ramai ahli Parlimen UMNO dijangka mengikut jejak langkah Ahmad Jazlan dan menarik sokongan terhadap kerajaan.
Ahli Parlimen Machang tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Topic Berkaitan
#Ahmad Jazlan Yaakob
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
#sokongan
#UMNO
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan