awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/01/2021
00:51 MYT
Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
Ahli parlimen Machang itu memberikan tempoh sehingga hujung Januari ini untuk membubarkan parlimen. - Astro AWANI
MACHANG:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Malaysia Palm Oil Berhad (MPOB) bagi menzahirkan prinsip tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional.
Tindakan itu akan dilakukan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
Ahli parlimen Machang itu memberikan tempoh sehingga hujung Januari ini untuk membubarkan parlimen.
“Sudah pasti saya ada maruah, saya ada prinsip. Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Kalau saya tarik diri saya akan sertakan sekali peletakan jawatan saya kerana saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya.
Beliau menjelaskan jawatan yang diberikan pada Julai tahun lepas itu adalah sebagai kuota bagi ahli parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan.
Namun selepas parti membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional, jawatan berkenaan perlu dikembalikan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Jazlan Yaakob
#UMNO
#MPOB
#Malaysia Palm Oil Berhad
#Agong
#Perikatan Nasional
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan