Kerusi Parlimen Arau menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila ia melibatkan dua tokoh besar iaitu bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga penyandang kerusi Parlimen itu dengan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.
Walaupun Parlimen Arau sebenarnya melibatkan saingan tiga penjuru dalam PRU kali ini, namun susuk calon PKR Datuk Dr Rahman Daud dilihat seolah tenggelam dek populariti dua nama besar itu.
Hashim mempunyai rekod tersendiri apabila menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Arau pada 1998 dengan majoriti 1,323 undi, menewaskan calon BN yang merupakan adik Shahidan Datuk Ismail Kassim, namun BN kemudiannya kembali merampas Arau sejak PRU 1999 hingga 2013.
Pada PRU13 lima tahun lalu, Shahidan memenangi kerusi Parlimen Arau setelah menewaskan Datuk Dr Haron Din, yang ketika itu merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS, dengan majoriti 1,371 undi setelah memperoleh 19,376 undi mengatasi Haron yang mendapat 18,005 undi.
Ramai yang meramalkan pertandingan kali ini agak sengit antara BN dan PAS kerana penampilan semula Hashim yang kini beliau memegang jawatan yang cukup berpengaruh dalam partinya manakala Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga telah lama mempunyai pengaruh cukup kuat di situ.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata kejayaan Hashim pada 1998 yang pada waktu itu Pesuruhjaya PAS Perlis, adalah hanya disebabkan 'nasib baik'.
"Suasana pada waktu itu sangat berbeza, berlaku krisis dalaman BN kerana kelemahan jentera BN sendiri, selain itu krisis kegawatan ekonomi juga sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi pada waktu itu...jadi kesimpulannya Hashim menang (pada 1998) bukan atas faktor 'jenama' Hashim Jasin itu sendiri," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Shahidan pula merupakan 'jaguh' di Perlis yang dilihat sukar ditandingi individu lain kerana mempunyai prestasi cemerlang dan memperoleh tahap sokongan optimum daripada akar umbi.
Selain itu, katanya faktor lain yang dilihat mampu mengekalkan Arau sebagai 'deposit tetap' BN ialah Perlis secara keseluruhannya tidak menjadi sasaran kuat pembangkang kerana jumlah parlimen yang sedikit dan negeri itu juga kurang hasil, tidak seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak.
Berbeza pula pandangan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) UUM, Dr Kamarul Zaman Yusof yang menelah bahawa Parlimen Arau boleh jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU14 ini.
Beliau berkata sejak pilihan raya pada 1999, pertandingan di Arau hanya membabitkan pertembungan dua penjuru antara calon BN dan PAS, namun kini berlaku tiga penjuru yang menjadikan persaingan lebih terbuka.
"Kemunculan semula Hashim di kerusi itu pastilah akan lebih melonjakkan semangat penyokong PAS untuk mengusahakan kemenangan beliau yang pernah menang di situ dalam Pilihan Raya Kecil 1998," katanya.
Sementara itu Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata beliau yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Arau yang disandangnya walaupun berdepan dengan Mursyidul Am PAS dan Rahman yang juga bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
"Bagi saya tiada masalah, saya akan tetap berlawan... mengenai saingan, dua penjuru sebelum ini beri kelebihan kepada BN, tiga penjuru pula beri lebih banyak kelebihan kepada BN," katanya.
Dalam pada itu Hashim dan Rahman masing-masing optimis mampu merampas Arau daripada BN walaupun hakikatnya Parlimen itu merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama.
Hampir 65 peratus daripada pemilih berdaftarnya adalah petani, Parlimen Arau mempunyai 48,740 pengundi dengan 42,480 daripadanya adalah Melayu, Cina (3,950), India (837) dan lain-lain (1,473), serta sering menyaksikan saingan cukup sengit pada setiap pilihan raya umum.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
Shahidan bersama Hashim di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, pada hari penamaan calon PRU14 28 April lalu. --fotoBERNAMA / Fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau.
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.
PRU15: Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang
Shahidan Kassim mengharapkan pengundi di Parlimen itu menolak calon dari luar negeri berkenaan termasuk calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya berasal dari Pulau Pinang.
PRU15: Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau
Shahidan berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkannya.
Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan
Polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit
Tertuduh yang berusia 14 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
Tidak pakai pelitup muka, 9 pekerja penghantar barang dikompaun
Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di sini hari ini dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.
Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, dekat Arau, kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.
Kenyataan saya ialah pendirian UMNO Perlis, bukan peribadi - Shahidan
Keputusan untuk terus bekerjasama dengan parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perlis adalah pendirian Badan Perhubungan UMNO Perlis.