DAP boleh percaya Fadzil Noor dan Nik Aziz, tetapi bukan Hadi Awang - Kit Siang

DAP boleh percaya Fadzil Noor dan Nik Aziz, tetapi bukan Hadi Awang - Kit Siang
KIT SIANG: DAP lebih mempercayai janji Fadzil Noor dan Allahyarham Nik Aziz berbanding Abdul Hadi.
KUALA LUMPUR:
Pertikaian politik antara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Veteran DAP Lim Kit Siang terus hangat.

Kali ini Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri itu menyelar kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hadi dalam Facebooknya.

Jelas Kit Siang, pemimpin DAP lebih mempercayai janji Fadzil Noor dan Allahyarham Nik Aziz berbanding Abdul Hadi.

Malah kenyataan balas Presiden Pas itu jelasnya, secara halus dan licik menafikan sesuatu yang beliau tidak pernah sebut.

 

Sebaliknya, tambah Kit Siang, langkah Hadi untuk menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu amat licik dan halus.

Tanpa merujuk mana-mana pihak atas alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan tokoh yang sesuai menjadi Perdana Menteri.
Menurut Kit Siang, Pas cuba mengambil langkah bijak dengan tidak menamakan sendiri Abdul Hadi selaku calon Perdana Menteri, namun secara diplomatik mencadangkan Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon jawatan nombor satu itu.

Namun, pendirian DAP sangat konsisten bahawa Perdana Menteri menanti adalah Anwar, malah sebarang usaha mencadangkan nama Hadi menggantikan Anwar tidak akan mendapat sokongan sama ada DAP dan PKR.

Sejarah hubungan antara Abdul Hadi dan Anwar yang dingin dan tidak sebulu, berbeza dengan hubungan Anwar bersama Allahyarham Fadzil Noor Atau Allahyarham Nik Aziz.

Tegas Kit Siang, Abdul Hadi mempunyai kecacatan sifat yang begitu serius sebagai pemimpin politik Malaysia dan antara sebab mengapa DAP tidak boleh mempercayainya.



Tag: rakyat, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Tengku Razaleigh Hamzah, UMNO, Nik Aziz, PKR, PAS, DAP, Pakatan Rakyat, Cuba, PRU, Parlimen, Perdana Menteri, pilihan raya, Malaysia, politik, calon, pilihan raya umum, presiden


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.