awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2024
07:04 MYT
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Keterangan Abdul Hadi itu akan dirakam di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pada jam 2.30 petang esok. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' yang disiarkan pada 20 Feb lepas.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, keterangan Abdul Hadi itu akan dirakam di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pada jam 2.30 petang esok.
Razaruddin memaklumkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita akan ambil keterangan beliau esok pukul 2.30 petang di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita, pada Isnin.
Beliau berkata, pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Pada 29 Feb lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.
Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Feb lepas.
Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri.
Surat lima halaman itu antara lain menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Abdul Hadi dirakam percakapan
#Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan