MyPPP negeri Perak menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab susulan pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.
Pengerusi MyPPP Perak Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Lim sering kali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
"DAP selalunya bila mereka buat tuduhan ke atas pemimpin BN yang kadang kala tiada bukti, tetap menyeru pemimpin berkenaan meletak jawatan sementara menunggu keputusan siasatan.
"Jadi (dalam kes Lim) DAP tidak bolehlah 'double standard' biarkan Lim pegang jawatan Ketua Menteri," katanya dalam sidang media dia sini pada Khamis.
Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin.
Bernama
Thu Jun 30 2016
Gesaan itu dibuat memandangkan Lim (tengah) sering kali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin BN. -Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu banglo: Mahkamah tetapkan 6 Disember tarikh pengurusan kes rasuah Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhadapan pertuduhan berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.
PRN: Siapa yang berbohong, Guan Eng atau Wan Azizah? - Teng
Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal telah memakan dirinya sendiri.
Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya bagi mengukur tahap sokongan.
PAS akan letak calon sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan
PAS bersedia untuk meletakkan calonnya di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang berlangsung awal.
PRN: Amanah putuskan pendirian selepas mesyuarat esok
Amanah akan memutuskan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN)Pulau Pinang dalam mesyuarat parti itu esok.
Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng berkata, keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal bukanlah untuk kepentingan dirinya.
Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara
Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai.
DAP tidak boleh pilih kasih, Guan Eng perlu lepas jawatan
Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Lim seringkali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
Isu banglo: Kes Guan Eng dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes isu banglo murah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng di bawah Akta SPRM 2009 telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman
Abdul Rahman seharusnya segera menetapkan tarikh perdebatan dan bukannya melarikan diri selepas membuat cabaran dengan alasan mempunyai urusan di luar negara, kata Guan Eng.