Tutup

Hadi tukang karut kumpulan dikir barat 'PASNO' - Mahfuz

Hadi tukang karut kumpulan dikir barat 'PASNO' - Mahfuz
Mahfuz berkata, beliau mendapati Abdul Hadi kini seolah-olah mengambil alih peranan UMNO sebagai tukang karut untuk menakutkan pengundi Melayu. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tukang karut baharu dilahirkan kumpulan dikir barat 'PASNO'.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Abdul Hadi supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang memandangkan parti itu menang atas sokongan DAP dan tidak ada kekuatan di kawasan Melayu.

Mahfuz berkata, beliau mendapati Abdul Hadi kini seolah-olah mengambil alih peranan UMNO sebagai tukang karut untuk menakutkan pengundi Melayu.
"Tahniah kepada UMNO yang berjaya latih seorang tukang karut baru, dulu umno sendiri yang mengambil peranan itu, tukang karut untuk menakutkan pengundi-pengundi Melayu dalam Malaysia ini dengan mengaitkan Pas sendiri ada hubungan dengan DAP.

"Jadi hari ni dia jadi tukang karut baru... dulu UMNO tuduh dia, jadi dia lawan UMNO dia kata wajib sokong DAP dan haram sokong UMNO sampai hari kiamat.
"Jadi bila dia berkawan dengan UMNO sampai hari ni, dia jadi tukang karut baru yang berjaya dilahirkan oleh PASNO," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kerjaya yang dianjurkan oleh EIS PERKESO di Alor Setar, Kedah.

Sebelum ini, Abdul Hadi dikatakan memberi saranan supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam PRU akan datang demi menyambung talian hayat parti itu.





Tag: logo DAP, Pilihan Raya Umum, PRU, Mahfuz Omar, PASNO, kumpulan dikir barat, UMNO, pengundi Melayu, Abdul Hadi Awang


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.