KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘puppet’ atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri disifatkan tidak benar sama sekali.
Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad berkata, teori oleh pihak tertentu yang menggambarkan Dr Mahathir berada di belakang pentadbiran Muhyiddin tidak masuk akal.
“Saya fikir teori itu tidak betullah, itu tidak benar. Kalau dikatakan Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai puppet, tidak... itu tidak betul.
“(Bagaimanapun) Hubungan dengan Tun Dr Mahathir dari dulu amat akrab, baik dan saya lihat Muhyiddin ini seorang yang begitu tinggi hormat kepada Tun Mahathir, cukup tinggi hormatnya,” jelas beliau.
BACA: Marzuki dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin sebagai PM
BACA: 'Tun M yang sepatutnya ketuai PN, tiada siapa dapat baca fikirannya' - Marzuki
Sementara itu, Marzuki sekali lagi menjelaskan bahawa pendirian Muhyiddin adalah jelas bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah dalam apa jua keadaan.
“Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, saya fikir pendirian beliau adalah jelas, hal-hal mahkamah ini beliau tidak boleh mencampuri.
“Malah, kita dalam sistem kerajaan ini pun, ada 'separation of powers', antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Jadi itu pun adalah satu perkara yang penting dalam konteks sebuah negara demokrasi.
“Apa lagi kalau kita bercakap tentang soal integriti, jadi Muhyiddin telah buat pendirian beliau dan umum ketahui... bahawa beliau sebut banyak kali... dalam apa jua keadaan sekalipun, beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah,” jelas Marzuki.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Bicara Politik Khas Pintar: Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional pada petang Isnin.
Faris Danial Razi
Mon Mar 01 2021
Pendirian Muhyiddin adalah jelas bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah dalam apa jua keadaan. - Gambar fail
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.