Kuota 30 peratus wanita sebagai senator di Dewan Negara wajar diisi tanpa mengenakan sebarang syarat.

Perwakilan Puteri UMNO, Noor Aeiza Hassan berkata, usaha memperkasa wanita itu perlu dibuat tanpa menunggu kemenangan dua per tiga pada pilihan raya umum akan datang.

"Puteri UMNO juga mengalu-alukan cadangan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk melantik lebih ramai senator dari kalangan Wanita.

"Lantikan ini dilihat bukan sahaja memperkasakan wanita, malah membangunkan negara. Terima kasih Presiden. Kalau boleh lantik lagi.

"Saranan Puteri, kuota Dewan Negara yang masih kosong, moleklah diisi oleh wanita tanpa menunggu kemenangan majoriti dua per tiga," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.