'Peluklah Isa Samad, tapi undilah Anwar' - Nurul Izzah

'Peluklah Isa Samad, tapi undilah Anwar' - Nurul Izzah
NURUL IZZAH: Jadilah sahabat baik pada Isa tapi undilah Anwar. - Gambar fail/Astro AWANI
PORT DICKSON: Senyum dan peluk Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, tetapi beri undi kepada calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu mesej Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kepada pengundi Port Dickson yang disifatkan masih lagi berbelah bagi terhadap bekas menteri besar Negeri Sembilan itu.

“Kita akan masuk kampung-kampung. Kampung Jimah Baru, Jimah Lama di mana 90 peratus undi lamanya adalah UMNO.
“Yang masih menyayangi Isa Samad, saya bagi pesanan mudah, peluklah, senyumlah selebar mungkin.

“Tapi jangan beri undi kepada Isa, beri kepada Pakatan Harapan. Jadilah sahabat baik pada Isa tapi undilah Anwar,” katanya dalam program bersama jentera parti di Bilik Gerakan Utama, Port Dickson.

BACA: Isa Samad umum tanding calon bebas PRK Port Dickson

BACA: PRK Port Dickson: Biar rakyat yang pilih - Anwar Ibrahim

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara Pakatan Harapan, Pas dan lima calon Bebas.

Bekas ketua UMNO Teluk Kemang itu bertanding sebagai calon bebas apabila parti tersebut tidak meletakkan calon di pada PRK Port Dickson.