Rafizi Ramli kini mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang di Wilayah Persekutuan.

Keputusan pemilihan bagi Wilayah Persekutan menyaksikan Rafizi memperolehi 2,935 manakala Azmin mendapat 2,794 beza 135 undi.

Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota dari 13 cabang parti itu seawal pukul 10 pagi dan dijangka berakhir pukul 5 petang.

Cabang berkenaan ialah Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak, Labuan dan Putrajaya.

Willayah Persekutuan merupakan negeri keenam yang melaksanakan proses pemilihan yang pertama kali menggunakan sistem 'e-undi'.

Dengan keputusan terbaru ini, Rafizi mengatasi Azmin dengan 43 undi.

Sehingga kini enam negeri (Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan) telah melaksanakan pemilihan parti tersebut.