Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin Pergerakan Wanita UMNO dapat terus memainkan peranan penting dalam memastikan negeri ini terus menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata Wanita UMNO merupakan tulang belakang dalam menentukan kekuatan dan menggerakkan parti selama ini bersama dua lagi sayap iaitu Pemuda dan Puteri.
"Di Kedah, Wanita UMNO merupakan jentera paling hadapan untuk menentukan kekuatan UMNO dalam memastikan UMNO dapat terus mentadbir di negeri ini dan ia perlu diteruskan bagi memastikan kita dapat terus diberi kepercayaan untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Jangan gadai kuasa yang ada kepada pihak tertentu hingga boleh menyebabkan rakyat Kedah rugi, jadi Wanita, Pemuda dan Puteri perlu berganding bahu untuk memperkasakan Jalinan Rakyat (JR) yang merupakan senjata UMNO yang paling kuat dalam memperkasa parti," katanya semasa berucap pada majlis Malam Anugerah Ibu Terbaik Bangsa di sini, malam tadi.
Pada majlis tersebut, Ahmad Bashah menyampaikan lima Anugerah Ibu Terbaik Bangsa kepada lima tokoh Wanita UMNO Kedah yang telah memberi sumbangan bakti dalam membantu meningkatkan nama Pergerakan Wanita UMNO negeri.
Beliau turut menyampaikan Anugerah Khas buat Allahyarham Datuk Wira Dr Maznah Hamid atau lebih dikenali sebagai 'Iron Lady' yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 Okt lalu dan anugerah diserahkan kepada anak Allahyarham, Datin Nur Sharmila Shaheen Mirza Habib.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2017
Ahmad Bashah berkata Wanita UMNO merupakan tulang belakang dalam menentukan kekuatan dan menggerakkan parti selama ini bersama dua lagi sayap iaitu Pemuda dan Puteri. - Gambar fail
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.