Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan rancangan menghalang Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari merasmikan Perhimpunan Agung Sayap UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Disember ini sebagai satu khabar angin.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai termasuk ahli UMNO untuk tidak percaya khabar angin tersebut dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Mustapa berkata, beliau sendiri tidak mendengar dakwaan seperti itu dan berharap ia dihentikan segera bagi mengelak sebarang spekulasi.
"Saya tidak mendengar apa-apa khabar angin. Saya tidak dengar apa-apa khabar angin berkaitan itu. Anggaplah itu sebagai khabar angin," jelas Mustafa selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelerasan Industri (JBI) di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman, di sini hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Semalam, Muhyiddin ketika menjawab soalan pada sesi dialog `Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian di Johor Bharu mengakui mendengar khabar angin yang mengatakan wujudnya rancangan untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Sayap UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Disember depan.
Mengikut tradisi UMNO, timbalan presiden akan merasmikan perhimpunan sayap jika perhimpunan Agung UMNO diadakan.
Astro Awani
Sun Oct 25 2015
MUSTAPA: Saya tidak dengar apa-apa khabar angin berkaitan itu. Anggaplah itu sebagai khabar angin.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Ia juga merupakan kali ketiga Kate dilihat di khalayak ramai sejak akhir Disember.
Anak nafi khabar angin Jamal Yunos nazak
Jamal ketika ini menjalani tempoh rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat di Pusat Perubatan Prince Court sejak Khamis lalu.
JDT tinggalkan 'hint', Dion Cools bakal ke Selatan!
JDT seakan-akan meninggalkan petunjuk bagi pengambilan pemain terbaharu mereka, Dion Cools yang sebelum ini berpangkalan di Thailand.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Raymond Goh masih hidup, henti sebar berita palsu - Keluarga
Keluarga penyampai berita TV3, Raymond Goh menegaskan laporan dan khabar angin yang tersebar mendakwa selebriti itu sudah meninggal dunia adalah palsu sepenuhnya.
Tiada tindakan boikot dalam MCA terhadap Suhaizan - Wee
Wee Ka Siong menafikan berlaku tindakan boikot dalam kalangan ahli atau penyokong MCA terhadap calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat pada PRK bagi kerusi Parlimen Pulai pada 9 Sept ini.
'Sesetengah hal tidak perlu diceritakan secara umum' - Irma Hasmie komen isu rumah tangga
Irma berkata, apa yang berlaku antara mereka berdua terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
Ahmad Zahid nafi khabar angin tujuh Ahli Parlimen BN akan kosongkan kerusi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan desas-desus bahawa terdapat tujuh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan mengosongkan kerusi mereka.
'Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan...' - Afdlin Shauki jawab dakwaan sudah berkahwin
Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.
'Doakan yang baik-baik' - Najwa Latif akhirnya jawab dakwaan sudah hamil
Najwa yang ketika itu bersama suaminya, penyanyi Akwa Arifin membalas semua ucapan peminat itu dengan menafikan dirinya sedang hamil.