Perselisihan yang semakin melarat antara DAP dan PAS hanyalah salah satu konflik yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan membawa kepada perpecahan kepada pakatan itu, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.
Menurutnya, perselisihan ini boleh diatasi memandangkan PR adalah harapan rakyat sebagai barisan alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Pemimpin-pemimpin PR sedar ini adalah harapan rakyat dan rakyat juga menuntut supaya kita dilihat sebagai satu persaingan politik yang sihat di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
“Jadi melihat perkara ini, kita tidak boleh mengkhianati harapan rakyat. Jadi saya juga yakin kebanyakan kepimpinan ketiga-tiga parti ada kesungguhan untuk kekalkan PR.
“Saya rasa perselisihan ini kita boleh atasi. Walaupun perbahasan mereka di media nampak seolah-olah sangat hangat, namun itu tidak bermakna kita akan berpecah,” tambah beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui di lobi Parlimen pada petang Isnin.
BACA : PAS sedia tamatkan kerjasama dengan DAP - Hadi
BACA : Guan Eng dakwa Abdul Hadi tikam Pakatan Rakyat dari belakang
Tambah beliau, PR harus menunjukkan hasrat dan komitmen yang lebih kuat untuk memastikan mereka terus kekal dan maju.
Beliau juga berkata rakyat mengharapkan satu sistem ‘check and balance’,iaitu satu sistem yang menunjukkan persaingan yang sihat di antara satu barisan politik yang alternatif kepada pemerintah.
Apabila ditanya mengenai permohonan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik, beliau berkata sehingga hari ini permohonan itu masih tidak diluluskan dan tidak dilayan Kementerian Dalam Negeri.
Konflik antara DAP dan PAS seolah-olah tiada penamatnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak-tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.
BACA : Kabinet bayangan: Wan Azizah akan bincang dari hati ke hati dengan PAS dan DAP
Sebelum ini , Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata kabinet bayangan PR yang dicadang Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah tidak praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu.
Pada 19 Mei, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui tiada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kabinet bayangan.
Beliau memberi alasan bahawa pembentukannya tidak dapat direalisasikan atas faktor kewangan dan PR tidak mempunyai infrastruktur untuk melaksanakannya kecuali pihak pentadbiran Parlimen membantu menanggung kos perbelanjaan dan kos-kos yang berkaitan.
Astro Awani
Mon May 25 2015
TIAN CHUA: Saya rasa perselisihan ini kita boleh atasi. Walaupun perbahasan mereka di media nampak seolah-olah sangat hangat namun itu tidak bermakna kita akan berpecah. -Gambar Astro AWANI
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Hail Amir penyanyi yang tidak melupakan komposernya
Allahyarham Datuk Hail Amir atau Abdul Hail Amir disifatkan sebagai penyanyi malas segar yang tidak pernah lupa menyebut nama komposer yang pernah menulis lagu untuknya di pentas.
PRK KKB: Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 11 pagi selasa.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
Usaha PM bangunkan negara tidak harus ternoktah dengan keputusan PRN - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah menegaskan biarpun UMNO mengalami kekalahan teruk, namun ia tidak seharusnya mengubah apa-apa keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.