Kejayaan Pas dalam menambah lebih 100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang berakhir semalam memberi petanda jelas penerimaan rakyat dalam pembentukan satu blok pembangkang yang bersatu dan kuat.
Kata bekas calon Pas dalam PRK DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali, berdasarkan kiraan undi yang dibuat semalam, parti berkenaan telah mendapat kemenangan di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) di mana dua daripadanya pertama kali berjaya dimenangi.
"Semalam adalah kemenangan moral bagi Pas dan blok pembangkang, Pas berjaya menang buat pertama kali di PDM TTDI Jaya dan Sungai Wei selain berjaya menambah jumlah majoriti undi di PDM PJS5.
"Malah Pas juga menang di undi pos dan undi awal yang melibatkan kakitangan polis dan tentera selain berjaya menambah undi orang muda dan bukan Melayu, ini satu signal daripada pengundi memberitahu mereka matang berpolitik dan tidak takut untuk membuat perubahan" katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam PRK berkenaan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi DUN itu apabila calonnya, Halimey Abu Bakar berjaya mendapat undi sebanyak 13,725 undi berbanding Dr Halimah sebanyak 9,698.
Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat barah usus pada 2 Ogos lepas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Pas hanya memperoleh 4,563 undi dan kehilangan deposit manakala UMNO mendapat 9,878 undi sementara PH sebanyak 29,250.
Mengenai kerjasama Pas dan UMNO sebagai satu blok pembangkang, Dr Halimah berkata kerjasama antara kedua-duanya semasa PRK berkenaan memberi harapan akan wujud satu kerjasama yang lebih besar dan erat pada masa akan datang.
"Kerjasama ini akan membawa kebaikan kepada rakyat, kerjasama ini juga bukan bermakna kita mesti setuju dalam semua hal, dan ia bukan juga bermakna kita perlu membangkang dalam semua hal, apa perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat akan diperjuangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 09 2018
Kepuitusan di PRK Seri Setia memberi isyarat jelas tentang pola perubahan dalam kalangan pengundi. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.
ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Dewan Rakyat: "Kerajaan ambil langkah 'tempang' tarik balik rayuan kalimah Allah"
Memberitahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad berkata, tiada pemakluman awam dibuat terhadap keputusan tersebut.
DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang
Dr Yusof dalam sidang DUN itu menyatakan kekesalan beliau apabila ADUN di blok pembangkang tiada seorang pun yang hadir.
Usul undi percaya: Pembangkang gesa sidang khas Parlimen sebelum 9 Ogos
Mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) itu adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI
Bagaimanakah cara yang sehalus, seaman, secekap, dan seefektif mungkin untuk blok-blok dalam Parlimen bersama menyelesaikan krisis tanpa perlu menidakkan antara satu sama lain?
Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini?
Ini tiga perkara yang berlaku pada satu jam pertama berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.
Muda Malaysia terbuka jalin kerjasama dengan parti blok pembangkang - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, kerjasama itu akan diadakan dengan melihat kepada persamaan idealisme dan prinsip yang dibawa semua parti.