Selepas 10 hari menduduki 'kerusi panas' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan krisis kewangan menjadi masalah besar kepada badan induk bola sepak negara.
Beliau berkata keadaan kewangan FAM yang 'sakit' itu telah menjejaskan pelaksanaan perancangan dan perubahan yang hendak dibawa bagi merubah senario bola sepak negara seperti yang diharapkan oleh peminat dan rakyat.
"Semasa saya masuk hari pertama sebagai presiden baharu FAM, dengan sut bersedia untuk memulakan tugas. Saya buat pemeriksaan, saya dapatkan semua fail, saya panggil semua berjumpa saya...FAM tiada wang.
"Anda tahu berapa kekurangannya? Kurang RM40 juta. FAM tiada wang. Bagaimana hendak kendalikan liga? Bagaimana hendak urus pasukan kebangsaan, hendak tukar jurulatih baharu, hendak beli barang (keperluan pasukan)?
"Sudah pasti tiada siapa yang mempunyai jawapan. Okey, saya tidak mahu gusar mengenainya. Saya mahu terus ke hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi pertemuan bersama lebih 40 pengamal media terdiri daripada ketua pengarang dan pengarang sukan media tempatan di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Kekurangan wang itu sudah cukup menjelaskan beberapa tindakan yang telah dan akan diambil Tunku Ismail bagi menyelamatkan kedudukan kewangan FAM termasuk menamatkan perkhidmatan 20 kakitangan pentadbiran dan teknikal FAM.
Tunku Ismail berkata beliau tidak mempunyai niat menutup 'periuk nasi' mana-mana pihak seperti yang digembar-gembur dalam laman sosial.
"Mereka (orang ramai dan peminat) perlu tahu apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tidak boleh buat.
"Kita kena realistik. Jadi, untuk struktur semula organisasi, kenapa perlu belanja lebih untuk bayar staf yang tidak buat sebarang kerja dan bazirkan duit FAM," katanya.
Tunku Ismail berkata keutamaannya adalah untuk melindungi wang dan aset milik FAM sehingga terpaksa memberhentikan 20 petugas itu.
Menurutnya media harus memahami dan mendedahkan perkara positif berkenaan keutamaan menjaga hak dan duit kepada persatuan, bukan untuk aniaya sesiapa atau menyekat rezeki orang.
"Ia bercanggah dengan niat saya. Saya berpendapat keutamaan harus diberi kepada persatuan," katanya.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan media semalam, mengesahkan 20 kakitangan badan induk itu ditamatkan perkhidmatan, sebagai satu langkah menyusun semula organisasi berkenaan dengan tujuan menjaga dan mengawal kewangan FAM.
Sementara itu, Tunku Ismail berkata FAM sedang mengadakan perbincangan penajaan bersama Zenith dan Fox Sport untuk tajaan siaran rasmi perlawanan membabitkan pasukan negara.
"Saya sedang berusaha keras mencari penaja bagi pertengahan musim tahun ini, tahun depan dan tahun-tahun akan datang," katanya.
Tunku Ismail turut menegur persatuan bola sepak negeri dan kelab yang sanggup berbelanja mewah untuk mendapatkan khidmat pemain import berbanding menggunakan khidmat pemain tempatan.
"Terpulang kepada mereka (untuk belanja tinggi) tapi saya harap mereka lebih konsisten. Sebab ada pasukan yang masih berhutang dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) pun masih boleh beli pemain import baharu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
Selepas 10 hari menduduki 'kerusi panas' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan krisis kewangan menjadi masalah besar kepada badan induk bola sepak negara.
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.