Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyarankan 20 persatuan bola sepak negeri meningkatkan penganjuran liga bola sepak di peringkat akar umbi bagi mencungkil ramai bakat baharu untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa hadapan.
Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata usaha sebegitu perlu digerakkan secepat mungkin kerana Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pemain kebangsaan baharu yang berkaliber dan menyerlah yang hanya dapat dikenal pasti menerusi pencarian bakat baharu di peringkat bawah.
"Untuk mendapatkan pemain seperti Safawi Rasid dan Akhyar Rashid hanya dalam seribu ada satu kita dapat, jadi kalau tak ada usaha di peringkat bawah memang kita tak ada langsung pemain untuk mewakili negara.
FAM merasakan persatuan bola sepak negeri kena adakan program pembangunan bola sepak peringkat bawahan secara berterusan supaya negara tidak ketandusan pemain di masa depan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pengenalan Pasukan Liga Bola Sepak THB-KFA 2019 di sini pada Sabtu.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang merupakan penaung bagi liga berkenaan.
Turut hadir bagi mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir ialah Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris serta Pengarah Urusan THB Maintenance Sdn Bhd Datuk Seri Hasnur Rabiain Ismail.
Dalam pada itu, Hamidin yang dalam rangka lawatannya ke KFA pada Sabtu mengucapkan syabas dan tahniah kepada KFA kerana berjaya menganjurkan Liga THB-KFA ini yang menjadi platform terbaik mengetengahkan bakat-bakat muda negeri Kedah.
"Apa yang dilaksanakan KFA ini adalah adalah tepat dan perlu dicontohi negeri-negeri lain dan mereka adalah pengeluar (kilang) pemain muda yang banyak beraksi di peringkat kebangsaan ," katanya.
Sementara itu, Mohd Asmirul berkata sebanyak 20 pasukan terbahagi kepada zon utara dan zon selatan akan berentap bagi merebut trofi serta wang tunai berjumlah RM20,000 bagi johan manakala RM10,000 bagi naib johan pada kejohanan yang bermula pada 18 April ini dan berakhir penghujung Ogos.
"Kejohanan ini telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat Kedah kerana kali terakhir diadakan ialah pada lima tahun lalu yang dikenali K-League, ia program yang penting sebagai usaha berterusan bagi mengekalkan Kedah sebagai antara pasukan yang digeruni di Malaysia," katanya.
Antara pasukan yang mengambil bahagian adalah dari THB Wanderes, PG FC, Suka Menanti FC, Arena Kulim FC, Polimas FC dan Kubang Rotan FC.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019
Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah (dua, kanan) ketika melancarkan Majlis Pelancaran dan Pengenalan Pasukan Liga Bola Sepak THB-KFA 2019 di sebuah hotel di Alor Setar, 13 April, 2019. --fotoBERNAMA
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Kolam terjun sekadar hiasan, bekas atlet tak minat turun padang
Hanya tiga negeri memenuhi keperluan sukan terjun antaranya Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Skuad terjun negara tiada pelapis yang ampuh - Penganalisis sukan
Kegagalan skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang 'ampuh' bagi sukan itu.
KBS salur lebih banyak bantuan, sokongan majukan sukan sepak takraw
Antaranya meliputi program pembangunan bakat baharu sukan sepak takraw yang merupakan asas bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Ka Siong tepis dakwaan tidak bertanggungjawab letak jawatan
Beliau sedaya upaya melahirkan, mencungkil dan mempromosikan bakat-bakat baharu, iaitu pelapis MCA yang muda serta berwibawa.
Anjur pertandingan di peringkat akar umbi untuk lahirkan bakat baharu - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa persatuan sukan menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu terutama dalam acara bola sepak.
Pandelela sedih, mahu MS cari lebih ramai bakat
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap Malaysia Swimming (MS) akan berusaha mencari lebih ramai bakat dalam sukan terjun.
Para Sukma 2022 medan cungkil bakat baharu ke temasya utama
MSN mahu kenal pasti atlet yang mampu menggantikan jaguh-jaguh sedia ada, membawa cabaran negara ke peringkat lebih tinggi.
Malaysia tidak ketandusan bakat baharu dalam sukan - KBS
Malaysia tidak pernah ketandusan bakat-bakat baharu dalam industri sukan ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.