Dalam satu lagi perlawanan ‘derby Amerika Selatan’, Brazil tidak mahu kebangkitan Colombia dalam Piala Dunia ini menjadi halangan impian negara itu untuk menjadi juara Piala Dunia kali ini di tempat sendiri.
Skuad ‘Selecao’ kendalian jurulatih Luiz Felipe Scolari terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan satu lagi wakil Amerika Selatan, Chile 3-2 dalam penentuan sepakan penalti dalam peringkat kalah mati 28 Jun lalu.
Manakala, Colombia membenam cabaran Uruguay 2-0 hasil dua jaringan cantik oleh James Rodriguez.
Namun untuk perlawanan pada awal pagi ini yang berlangsung di Estadio Castelao, Fortaleza, Brazil dijangka akan mengubah beberapa barisan pemainnya.
Beberapa pemain dalam skuad utama Brazil dilihat bagaikan ‘out of form’ seperti Fred, Paulinho dan Oscar (gambar) juga adakalanya dilihat bergelut untuk mencari rentak permainnya ketika menentang Chile.
Mujurlah ketangkasan penjaga gol, Julio Cesar menyelamatkan dua daripada tiga sepakan penalti itu membawa Brazil layak ke peringkat seterusnya.
Walau bagaimanapun, dibantu dengan sokongan penyokong sendiri, Brazil mampu melangkah ke peringkat seterusnya jika konsistensi dalam serangan terus dikekalkan melalui penyerang, Neymar.
Brazil dijangka tidak akan diberi laluan mudah oleh Colombia berdasarkan corak permainan yang dihasilkan oleh mereka ketika menentang Uruguay dan kebergantungan terhadap penyerang, Radamel Falcao kini sudah mula boleh dilupakan apabila muncul satu watak penting Colombia yang dikenali sebagai James Rodriguez.
Rodriguez yang kini meledak dengan lima jaringan dalam kejohanan ini dan mendahului senarai penjaring gol akan dikawal pergerakannya oleh barisan pertahanan Brazil diketuai oleh Thiago Silva dan Dani Alves.
Selain Rodriguez, Juan Guillermo Cuadrado (gambar) juga merupakan pemain Colombia yang agak berbahaya kerana umpanan-umpanan bolanya kepada rakan sepasukan sering menghasilkan jaringan.
Brazil akan terus menyandarkan harapan mereka kepada Neymar, Oscar dan Hulk manakala Colombia pula akan meletakkan James Rodriguez, Jackson Martinez dan Juan Guillermo Cuadrado.
RAMALAN ASTRO AWANI: Brazil..3 Colombia..1
Aizat Sharif
Fri Jul 04 2014
Kebangkitan Colombia beberapa perlawanan ini tidak menggentarkan Brazil.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Vinicius Junior menangis jawab isu penderaan perkauman
Penyerang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior, menangis dalam sidang media selepas ditanya mengenai isu perkauman yang melibatkan dirinya.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Kelayakan Olimpik: Brazil kandas, tidak layak ke Paris 2024
Brazil gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Olimpik lelaki selepas tewas 1-0 kepada Argentina.
Pantai Rio de Janeiro masih sesak meskipun kes denggi meningkat
Orang ramai dilihat hadir ke pantai Rio de Janeiro untuk mengambil bahagian dalam karnival jalanan yang dinanti-nantikan meskipun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kes demam denggi.
Masihkah ada dendam antara Neymar dan jurulatih baru Brazil?
Dorival Junior menggantikan Fernando Diniz yang menjadi pengurus interim sejak Julai 2023.
Malaysia dan Brazil tingkat kerjasama dalam isu utama global
Malaysia dan Brazil komited untuk meningkatkan penyelarasan dalam bidang kepentingan bersama menerusi dialog.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
14 maut pesawat terhempas di Brazil
Mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing.